.::JoM BeRKeNaLaN::.

Khamis, 8 Disember 2011

Berumah Tangga

Berumah Tangga
 "kamu telah mengambil seorang wanita sebagai isteri kamu dengan Nama Allah maka layanlah dengan akhlak yang baik dan terpuji"

 Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:










"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

CONTOH buat Ummat Nabi Muhammad

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah RuqayyahZainabUmmu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

Wallahua'lam (^_^')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan