.::JoM BeRKeNaLaN::.

Khamis, 1 Disember 2011

Si Jejaka dan Lorong!!!

sebuah kisah yang agak ringkas yang pernah saya baca, dimana ianya mengandungi lima babak tetapi analogi yang terkandung dalam kisah itu sungguh berkesan.



Babak 1:
Saya sedang berjalan di sebuah lorong dan terdapat sebuah lubang yang dalam ditengah-tengah lorong tersebut. Saya terjatuh ke dalamnya. Saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu. Tetapi apa yang terjadi bukanlah salah saya.
Babak 2:
Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh kedalam lubang yang sama. Dan seperti sebelumnya, saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari lubang itu. Apa yang terjadi adalah salah saya.
Babak 3:
Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh ke dalam lubang yang sama. Ianya menjadi seperti satu kebiasaan. Apa yang terjadi sudah tentu disebabkan oleh kesalahan saya sendiri. Saya keluar dari lubang itu dengan segera.
Babk 4:
Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi dan terlihat lubang yang dalam di tengah-tengah lorong itu. Say berjalan di tepi lubang itu.
Babak 5:
Saya berjalan di lorong yang lain.

Menarik, kan? Akhirnya penulis cerita ini memilih untuk berjalan di lorong yang lain. Kisah ini di tulis dengan begitu indah kerana ianya sangat ringkas dan tepat. Dan saya kagum dengan kisah yang ringkas tetapi mendalam ini. Di sebalik kesederhanaanya, kisah ini membawa maksud yang mendalam tentang perubahan yang perlu kita lakukan….”

sempena MAAL HIJRAH 1433 pada kali ini marilah kita sama2 melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan membuat perubahan/berhijrah dari baik kepada lebih baik in'Allah..

Alhamdulillah seperti yang kita sedia maklum Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Seorang tokoh yang amat dihormati. Tahniah ustaz!



Beliau menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya dalam menegakkan syiar Islam dihargai kerajaan negeri.

Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan