.::JoM BeRKeNaLaN::.

Ahad, 24 Februari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab


1)      Pembahagian makruh
Soalan :
Ustaz, makruh terbahagi kepada dua jenis.Satu makruh sahaja dan satu lagi makruh yang hampir dengan haram.Mohon Ustaz berikan contoh.
Jawapan :
Makruh tanzil ialah asal bagi hukum makruh yang tidak berdosa apabila kita melakukannya seperti kencing berdiri, makan dengan tangan kiri, dan mandi telanjang.Makruh tahrim pula ialah perkara haram, tetapi tidak berdalilkan nas qat’ie seperti mendengar perempuan menyanyi.

2)      Hukum bekerja sebagai pelakon
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita menjadi pelakon di syarikat-syarikat perfileman?
Jawapan :
Sekiranya ada melakonkan watak-watak yang ditegah oleh agama contohnya mendedahkan aurat, bersentuhan dengan bukan mahram dan seumpamanya, rezeki yang kita dapat daripada sumber lakonan itu adalah haram. Setiap yang haram itu berdosa dan orang yang berdosa itu api neraka lebih layak baginya. Nauzubillah.

3)      Hukum panggil Nabi Isa sebagai Jesus
Soalan :
Apa hukum orang Islam panggil Nabi Isa sebagai Jesus?
Jawapan :
Jesus di sisi penganut Kristian bermaksud anak tuhan yang suci. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan nama itu melainkan dengan iktikad Jesus yang kita sebut itu adalah Nabi Isa pesuruh Allah.

4)      Hukum menampar pipi
Soalan :
Ustaz, adakah menampar pipi itu haram?Sekiranya situasi itu berlaku ketika berlakon, adakah tindakan itu dikira haram?
Jawapan :
Tidak haram sekiranya kita menampar pipi kerana mahu menampar nyamuk yang hinggap di pipi.Tampar pipi orang bukan kerana bermanja itu haram, pukul pipi sendiri itu kerja sia-sia.Haram pukul orang pada bahagian muka sekalipun kepada pelaku jenayah.Tampar yang haram adalah tampar yang mencederakan sehinggan bengkak dan berdarah. Sekiranya berlakon, kita perlu menampar dengan perlahan dan ia tidak salah sekiranya sama jantina.

5)      Hukum meniru dalam peperiksaan
Soalan :
Ustaz, boleh beri pandangan untuk pelajar yang sentiasa meniru dalam peperiksaan.Sudah ditegur dan diberi nasihat ketika program usrah, tetapi mereka buat-buat tidak tahu sahaja.Sekiranya difikirkan, dengan keputusan peperiksaan yang menipu itu nanti digunakan bagi mencari pekerjaan.Bagaimanakah pendapatan yang diperoleh, adakah haram?
Jawapan :
Haram menipu dengan cara meniru dalam peperiksaan apatah lagi apabila keputusan peperiksaan itu digunakan sebagai laluan bagi mendapatkan pekerjaan.

6)      Hukum berhias diri pada hari raya
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Jawapan :
Hukumnya sunat berhias diri pada hari raya.









Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/ (017-7764369 Ayub )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan