.::JoM BeRKeNaLaN::.

Ahad, 17 Februari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan HUKUM HALAL DAN HARAM








1)      Hukum berbual kosong dengan bukan muhrim dalam khalayak ramai.
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita berbual kosongdengan bukan muhrim dalam khalayak ramai di kawasan terbuka contohnya di perpustakaan, kafe dan restoran.
Jawapan :
Sekiranya berbual dalam khalayak ramai, perlu dinilai pada topik yang dibualkan.Sekiranya tiada faedah, sekadar suka-suka, dan tidak berbual tentang seks, hukumnya adalah makruh.

2)      Hukum tidur dengan kucing
Soalan :
Ustaz, apakah hukum tidur dengan kucing?
Jawapan :
Harus kita tidur dengan kucing, kerbau, ataupun ayam sekalipun dengan syarat ia tidak memudaratkan kita.

3)      Hukum guna nama samara (nickname) “Bidadari Syurga”.
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita menggunakan nickname contohnya “Bidadari Syurga”?
Jawapan :
Ia tidak boleh digunakan kerana mendatangkan fitnah. Apa sahaja yang datang dari syurga tiada bandingnya dengan kehiupan dunia. Perkataan syurga hanya boleh digunakan pada ayat-ayat yang bermaksud umum sahaja, bukannya secara peribadi.

4)      Hukum menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada emas ataupun perak
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada emas ataupun perak?
Jawapan :
Maksud hadith nabi, “sesiapa yang minum menggunakan emas dan perak, sesungguhnya dia menuangkan api neraka jahanam ke dalam perutnya”.
[ Direkodkan oleh Bukhari (no:5311) dan Muslim (no: 2065)]




Hukum makan dan minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak memang ada khilaf ulama.Ada yang kata, makruh tanzih, tetapi pendapat yang kuat adalah, makan dan minum menggunakan bekas daripada emas dan perak adalah haram.Itu adalah pendapat jumhur ulama. Kata Imam Nawawi, “cukup bagi menunjukkan dha’ifnya pendapat ini (yang kata makruh) adalah kerana ia bertentangan dengan hadith yang sahih”.
[ Majmuk 1/249 ]

Hukum makan dan minum adalah sama, kerana termaktub juga dalam hadith sahih, iaitu:

“ dan jangan minum dari bekas emas dan perak dan jangan makan dalam pinggannya. Maka sesungguhnya ia untuk mereka di dunia dan untuk kita di akhirat.”
[ Direkodkan oleh Bukhari (no:5110) dan Muslim (no:2067)]

Berdasarkan illah, iaitu sebab ataupun hikmah pengharaman itu adalah, ia lambang kemewahan dan berlebih-lebihan. Sudu dan garfu yang dierbuat daripada emas dan perak juga sama hukumnya dengan bekas makanan yang diperbuat daripada emas dan perak. Dalam Fatwa Syeikh bin Baz, “hukum sudu-sudu disamakan dengan bekas makanan emas dan perak”.
[ Majmuk Fatawa : 19/72 ]

Bagi bekas-bekas yang disadur emas dan perak ataupun campuran emas ataupun perak dengan bahan lain, ulama berselisih pendapat pada hukum keharamannya.

Dalil lain yang menyatakan ia haram adalah lafaz Daruqutni (1/40), “sesiapa yang minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, ataupun bekas yang ada sedikit daripadanya (emas dan perak), maka sesungguhnya ia menuangkan api neraka jahanam ke dalam perutnya.”
[ Fathu Bari 9/555 ]

5)      Dosa yang dibuat oleh anak angkat
Soalan :
Ustaz, sekiranya kita memelihara anak angkat, adakah dosa yang dibuat oleh anak angkat itu ditanggung oleh orang yang menjaganya?
Jawapan :
Wajib kepada bapa angkat mendidik anak angkat dengan hukum-hukum Islam.Sekiranya tidak dididik, lalu anak angkat itu derhaka dan bermaksiat kepada Allah, maka orang yang memeliharanya perlu bertanggungjawab ketika akhirat nanti.






6)      Hukum memakai baju yang ada kalimah Allah ketika masuk ke tandas
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita memakai baju yang ada kalimah Allah dalam tulisan rumi dan pada masa yang sama kita berada di pasar dan hendak ke tandas?
Jawapan :
Setiap sesuatu yang tertulis nama Allah, sifat-sifat-Nya, nama para Nabi, ayat al-Quran dan seumpama dengannya tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas dan tempat-tempat yang tidak layak dengan kesyuciannya.

7)      Hukum beli tanah wakaf kubur
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita membeli tanah wakaf kubur bagi membina rumah?Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Jawapan :
Hukumnya adalah haram, tidak sah urusan jual beli tanah itu.Rumah yang dibina di atas tanah wakaf kubur wajib dirobohkan.

8)      Batasan dengan bapa tiri
Soalan :
Apakah batasan seorang anak perempuan dengan bapa tiri?Adakah batal air sembahyang sekiranya tersentuh?Apakah batasan sekiranya ibu dan bapa tiri bercerai?
Jawapan :
Batasannya sama seperti bapa sendiri walaupun sudah berpisah.

9)      Ungkapan simpang malaikat 44
Soalan :
Apakah hukum ungkapan “simpang malaikat 44”?
Jawapan :
Ulama melarang berkata begitu kerana perkataan itu tiada sandaran daripada Islam.


3 ulasan:

  1. Entri yg baik sekali... terima kasih atas perkongsian... =)

    BalasPadam
  2. SALAM, MAAF BERTANYA , ENTRI NI ADE RUJUK MANE2 BUKU KAH? INGINKN KEPASTIAN

    BalasPadam