.::JoM BeRKeNaLaN::.

Selasa, 15 Januari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Soalan : Ustaz, bolehkah kita menulis ayat al-Quran dalam tulisan rumi? Banyak ayat al-Quran ditulis dalam tulisan rumi pada status FaceBook dan sebagainya, Apakah hokum tindakan itu?

Jawapan : Sebaiknya ayat al-Quran ditulis menggunakan huruf hijaiyyah.Menulis ayat al-Quran selain daripada huruf hijaiyyah  dipertikaikan oleh para ulama. Selain daripada ayat al-Quran seperti zikir dan doa, hokum menulis dalam tulisan rumi adalah harus.
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555



Soalan : Ustaz, apakah hukum sekiranya kita tidak pandai baca al-Quran?

Jawapan : Dalam al-Quran ada 114 surah. Surah yang wajib kita pandai baca adalah surah al-Fatihah. Sekiranya kita tidak pandai membaca surah al-Fatihah, hukumnya berdosa. Manakala, sekiranya kita pandai membaca surah-surah lain, itu adalah fardu kifayah. Oleh itu, sunat kepada kita belajar supaya dapat membaca surah-surah yang ada dalam al-Quran.


Soalan :saya ada sedikit kecelaruan. Bolehkah orang bukan Islam membaca al-Quran sedangkan orang yang berhadas besar pun tidak boleh membaca al-Quran? Mohon penjelasan daripada Ustaz.

Jawapan : Orang bukan Islam boleh membaca al-Quran melalui paparan di skrin, digantung, diletakkan di atas meja dan sebagainya. Namun, mereka tidak boleh menyentuh teks al-Quran. Hukum ini diringankan bertujuan memperkenalkan Islam kepada mereka.

Soalan : Ustaz, mohon terangkan secara ringkas berkenaan tajassus?

Jawapan : Menurut Seikh Dr. Wahbah  Az-Zuhaili dalam kitab Tafsir Al-Munir, tajassus ialah mencari aib orang lain yang tersembunyi dan rahsia. Ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Tajassus boleh difahami daripada ayat Al-Quran yang bermaksud :
“Wahai, orang-orang yang beriman.Jauhi daripada banyak berperasangka.Sesunggunya sebahagian dari perasangka itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus) ”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)


Soalan : Al-Quran dibukukan pada zaman Saidina Usman. Bolehkah Ustaz member penerangan secara ringkas berkenaan Sejarah al-Quran sebelum ia dibukukan?Bagaimanakah cara al-Quran dibaca pada ketika itu?

Jawapan : Sebelum al-Quran dibukukan pada zaman Saidina Usman, para sahabat membaca dan belajar dengan cara menghafal. Bagi para sahabat yang tidak menghafal al-Quran, mereka membaca al-Quran yang ditulis pada kulit kayu, batu, dan papan.
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555
Soalan : Ustaz, antara mendengar ceramah agama dan mengaji al-Quran, yang manakah lebih baik?

Jawapan : Mendengar ceramah agama adalah wajib kerana ia berada dalam kategori menuntut ilmu. Manakala membaca al-Quran adalah sunat.

Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/ (017-7764369 Ayub )




Tiada ulasan:

Catat Ulasan