.::JoM BeRKeNaLaN::.

Selasa, 26 April 2011

Tanda orang yang bersyukur


Tanda org yg bersyukur:~

Dia jadikan dirinya yang terbaik dan terhebat mungkin yang dia boleh capai dgn berusaha bersungguh2, bukan biarkan masa yg memainkan peranannye secara sendiri tanpa dkawal ,

kerana Allah telah bersumpah dengan masa ,

yang Maksudnya: Demi Masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugi
an, melainkan mereka yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan berpesan-pesan antara satu sama lain dengan kebenaran dan berpesan-pesan satu sama lain supaya bersabar yakni bersabar dalam menegakkan kebenaran.
rakan2 yang mulia sekalian, sama ada
kita sedar atau tidak sedar, masa tetap akan berlalu
sehingga sampai ke akhirnya dan meninggalkan kita. Masa
terus berjalan membawa kita dari satu hari ke satu hari
sehiingga kita tidak sedar yang kita meningkat lebih tua.
Hari ini kita lebih tua dari semalam, besok kita akan lebih tua
dari hari ini masa terus beredar dan berjalan tanpa berhenti
samada seseorang itu sedar atau tidak, dan pada umumnya
manusia selalunya tidak sedar.

rakan2 yang mulia sekalian, apakah yang
membuat seseorang itu tidak sedar tentang nilai masa?
Sebab utamanya adalah kerana ia tidak bersyukur
kepada Allah. Orang yang tidak bersyukur selalunya tidak
mengenang budi. Tidak menilai nikmat-nikmat yang Allah
berikan kepadanya dengan banyaknya seperti nikmat makan
minum, nikmat tenaga, nikmat pemikiran waras, nikmat sihat
tubuh badan, nikmat kehidupan pada keseluruhannya dan
lain-lain lagi yang tidak terkira banyaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan