.::JoM BeRKeNaLaN::.

Khamis, 16 Disember 2010

Alhamdulillahirabbil'aalamin,segala puji dan syukur bagi Allah semata,kedamaian dan kesejahteraan dari-Nya semoga tercurah bagi Rasulullah SAW beserta keluarga ,sahabat dan pengikutnya.

Penghargaan yang tinggi bagi (Team Bijak Pantas Network) http://www.vitality-supreme.com/ kerana berbuat banyak kebajikan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Alhamdulillah , bersyukur saya kehadirat Ilahi yang setinggi-tingginya kerana memberi kelapangan masa dan nikmat hidup pada 4.12.2010,Alhamdulillah..

Kisahnya bermula apabila saya diberikan peluang untuk meluahkan segala-galanya pada 14.11.2010 sekitar jam3am (fuhh gemuruh jiwa saya dibuatnya) .Masa berlalu begitu pantas sehinggakan saya begitu teruja ingin melalui hari-hari yang mendatang, sampailah saya diwaktu yang telah dijanjikan iaitu pada tarikh 4.12.2010 jam3pm , saya ditemani kekuatan diri melangkah dengan penuh harapan , langkah demi langkah (fuhh)


Abang : Assalamualaikum
Sayang : Waalaikumussalam
Abang : ......(Diam sambil tersenyum walaupun didalam hati ini hanya Ya Wadud yang tahu)
Sayang : masuklah
Abang : ^_^ senyum sahaja ^_^
Sayang : buka pintu..


Apabila saya di jemput duduk, tangan saya mula bergetar, Ya Wadud apakah perasaan ini??? Saya dijemput minum ,Saya bersalaman dengan Ayahnya , bertegur sapa bersama kakak-kakaknya dan Ibunya ..Allah huakbar Allah Maha besar,Inilah waktu yang ku tunggu sejak 14.11.2010.

Saya mula mengenali ahli keluarganya seorang demi seorang,Saya teruskan pertemuan itu dengan perbualan yang saya tidak jangkakan,Saya mula melihatnya dengan pandangan berlainan , saya berkata pada diri saya inilah Bidadari Syurga yang akan menemaniku didunia ini ,saya melihat pada keluarganya dengan pandangan bahawa inilah keluarga baru saya, inilah anak-anak saudara saya yang baru , inilah abang-abang saya yang baru ,sungguh saya berasa amat bersyukur pada Sang Pencinta kerana memberikan cintanya kepada saya dan keluarga ini, Alhamdulillah Terima kasih Ya Wadud...

Jam menunjukkan 6.30pm ,bulan mula menampakkan dirinya dengan diikuti matahari yang mula menutupi,Alhamdulillah hari ini bermulanya satu lagi kisah baru dalam hidup saya,Betapa Cantik dan indahnya hari ini ,Alhamdulillah Terima kasih Ya Wadud..

Ampuni dosa-dosa saya wahai yang Maha Pengampun (Al Ghaffaar)
"Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." - (QS. Al A'raaf : 180)

Terima Kasih Sayang
Terima Kasih Ayah Ibu
Terima Kasih Keluarga
Terima Kasih Sahabat
Terima Kasih Semuanya

Muah Muuahh Muuahh..

Layari laman web saya :
http://www.vitality-supreme.com/
http://www.bijakpantas.com/



http://i-sayang-u.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan