.::JoM BeRKeNaLaN::.

Khamis, 16 Disember 2010

Alhamdulillahirabbil'aalamin,segala puji dan syukur bagi Allah semata,kedamaian dan kesejahteraan dari-Nya semoga tercurah bagi Rasulullah SAW beserta keluarga ,sahabat dan pengikutnya.

Penghargaan yang tinggi bagi (Team Bijak Pantas Network) http://www.vitality-supreme.com/ kerana berbuat banyak kebajikan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Alhamdulillah , bersyukur saya kehadirat Ilahi yang setinggi-tingginya kerana memberi kelapangan masa dan nikmat hidup pada 4.12.2010,Alhamdulillah..

Kisahnya bermula apabila saya diberikan peluang untuk meluahkan segala-galanya pada 14.11.2010 sekitar jam3am (fuhh gemuruh jiwa saya dibuatnya) .Masa berlalu begitu pantas sehinggakan saya begitu teruja ingin melalui hari-hari yang mendatang, sampailah saya diwaktu yang telah dijanjikan iaitu pada tarikh 4.12.2010 jam3pm , saya ditemani kekuatan diri melangkah dengan penuh harapan , langkah demi langkah (fuhh)


Abang : Assalamualaikum
Sayang : Waalaikumussalam
Abang : ......(Diam sambil tersenyum walaupun didalam hati ini hanya Ya Wadud yang tahu)
Sayang : masuklah
Abang : ^_^ senyum sahaja ^_^
Sayang : buka pintu..


Apabila saya di jemput duduk, tangan saya mula bergetar, Ya Wadud apakah perasaan ini??? Saya dijemput minum ,Saya bersalaman dengan Ayahnya , bertegur sapa bersama kakak-kakaknya dan Ibunya ..Allah huakbar Allah Maha besar,Inilah waktu yang ku tunggu sejak 14.11.2010.

Saya mula mengenali ahli keluarganya seorang demi seorang,Saya teruskan pertemuan itu dengan perbualan yang saya tidak jangkakan,Saya mula melihatnya dengan pandangan berlainan , saya berkata pada diri saya inilah Bidadari Syurga yang akan menemaniku didunia ini ,saya melihat pada keluarganya dengan pandangan bahawa inilah keluarga baru saya, inilah anak-anak saudara saya yang baru , inilah abang-abang saya yang baru ,sungguh saya berasa amat bersyukur pada Sang Pencinta kerana memberikan cintanya kepada saya dan keluarga ini, Alhamdulillah Terima kasih Ya Wadud...

Jam menunjukkan 6.30pm ,bulan mula menampakkan dirinya dengan diikuti matahari yang mula menutupi,Alhamdulillah hari ini bermulanya satu lagi kisah baru dalam hidup saya,Betapa Cantik dan indahnya hari ini ,Alhamdulillah Terima kasih Ya Wadud..

Ampuni dosa-dosa saya wahai yang Maha Pengampun (Al Ghaffaar)
"Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." - (QS. Al A'raaf : 180)

Terima Kasih Sayang
Terima Kasih Ayah Ibu
Terima Kasih Keluarga
Terima Kasih Sahabat
Terima Kasih Semuanya

Muah Muuahh Muuahh..

Layari laman web saya :
http://www.vitality-supreme.com/
http://www.bijakpantas.com/



http://i-sayang-u.blogspot.com/

Rabu, 1 Disember 2010

DOA SEORANG KEKASIH


Ya Wadud ( Maha Pencinta),
"The way is love, the goal is love, the traveller is love." (I LOVE U(Gadis))


Seandainya telah Kau catatkan Dia(Gadis) milikku(Ayub), tercipta untuk diriku(Ayub)
Satukanlah hatinya(Gadis) dengan hatiku(Ayub) Titipkanlah kebahagiaan antara kami berdua Ya Wadud..

Ya Wadud, ku(Ayub) mohon Apa yang telah Kau takdirkan ,Ku(Ayub) harap dia(Gadis) adalah yang terbaik buatku(Ayub) ,Kerana Engkau tahu segala isi hatiku(Ayub) ,Pelihara daku(Ayub) dari kemurkaan-Mu Ya Wadud.


Ya Wadud, yang Maha Pemurah ,Beri kekuatan jua harapan untuk Membina diri yang lesu tak bermaya ini,
Semaikan setulus kasih di jiwa..

Ku(Ayub) pasrah kepadaMu ,Kurniakanlah aku (Ayub)Pasangan yang beriman yang menemani aku(Ayub)
Supaya ku(Ayub) dan dia(Gadis) Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai ..Perkenankanlah Ya Wadud..

Ya Wadud, yang Maha Pengasih ,Engkau sahaja pemeliharaku(Ayub),Dengarkan rintihan hambaMu ini Ya Wadud ,Janganlah Engkau biarkan ku(Ayub) sendiri Tanpa Diri (Gadis)

Ku inginkan bahagia ,Di dunia dan akhirat , Izinkan Kami Bersama , PadaMu Ya Wadud ku mohon segala-segalanya ...

***Dengarkanlah rintihan ku(Ayub) Ya Wadud .. Amin. Amin Ya Robbal Alamin ***

i sayang u (Gadis)

Jumaat, 26 November 2010

Love is...in bloom (my Dear)

Assalamualaikum *sahabat ku , sayang ku *
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sesungguhnya Segala pujian hanya milik Allah SWT.Kami memuji ,meminta pertolongan dan memohon keampunan kepadanya,kami berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan diri dan keburukan amalan kami.Barang siapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT,maka tiada yang dapat menyesatkannya. dan barang siapa yang di sesatkannya,nescaya tidak ada yang mampu memberi petunjuk.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah SWT,Tiada sekutu bagiNya serta Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan RasulNya
Love is...
blowing away the cobwebs.
Love is...
encouraging his attentions

Love is...
finding he has a high “kissability” factor.
Love is...
a happy childhood. Love is...
when you’re in the driver’s seat. Love is...
sitting up all night a sick child.
Love is...
like music to your ears. Love is…
bring out the best in each other.Love is...
fatherhood.
Love is…
hurrying to get home – knowing he’ll be there.
Love is…
two people sharing one heart.
Love is…
a sigh.
Love is…
parenthood.
Love is…
motherhood.
*Datanglah ladangmu (isterimu), dari arah manapun yang engkau inginkan."(Surah Al-Baqarah : 223)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




Assalamualaikum my friends – my name is Ayub and this is my website http://www.vitality-supreme.com/, based in Batu Pahat,Johor(Malaysia)

Thanks for taking the time to look at my website – ^_^

Rabu, 24 November 2010

Jom kawin muda .. Doakan saya ^_^



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Mencipta sekalian alam..serta selawat dan salam keatas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W…


(Pengalaman seorg rakan dari blog lain)

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dah bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.





"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

***abang sayang kat sayang***


miss u dear .. muuuuahhh..muuahhh..

Jumaat, 19 November 2010

i-sayang-u

Kehadapan rakan2 , sahabat handai, para isteri ,bakal isteri , para suami dan bakal2 suami, hehee mari sesama kita nyanyikan lagu i-sayang-u ^_^ sayang kat sayang ^_^

1 2 3 mula semua

Rasa sayang, hey!,
Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat nona jauh,
Rasa sayang sayang hey!


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
abang budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,




Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana sama sayang ku seorang,

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,



Wassalam ... see u ^_^ yg benar mohd ayub

Ahad, 14 November 2010

CATATAN CINTA KU



Assalamualaikum pada adik-adik,anak-anak, kawan-kawan dan Insan(Gadis ku) yg Ku sayangi dan cintai

Sayang Ku

Berdebar Hatiku Membisikkan kata-kata sayang pada mu pada malam itu, insan yang ku sayang,
Ingin ku Katakan Kau Gadis Idaman ku, sayang ku,(i love u),
Ingin aku Jadikan diri mu Inasan Bernama Kekasih ku di dunia hingga ke syurga yang dijanjikan,
Sayang Ku

Keayuan Yg Tergambar di wajah mu bagaikan Lukisan Nur Iman yang menyinari diri mu,
Bagai Puith Salju Mendinginkan diri ku,sebab tu ku pakai baju putih malam tu,
Hangat Perasaan Mengusir Segala Resah Di Jiwa ku selama ini,

Sayang Ku

Ku sampaikan Salam sayang ,Ucapan Mesra buat diri mu yang ku sayangi,
Umpama Rembulan Jatuh Ke Riba bila Mendengar Khabaran Darimu wahai sayang ku,
i love u,




Sayang Ku

Padamu (Ya Wadud/Maha Pencinta) Kumohonkan Keredaan-MU,
Agar Nur Kasih Yg Kudamba bersama Gadis Kekal Hingga Ke Syurga-MU,

Sayang Ku

Hanya (1) Yg Kupinta Kebaikan Dari-NYA Moga Dipeliharakan Tulus Cinta Kita,
Agar Kukuh Ikatan Yg Murni Bahagia Selamanya Dgn Lafaz Pernikahan Yg Mulia suatu hari nanti,sabar ye sayang ku dan sabarkan ku juga ye sayang ku,^_^, tak sabar rasanye ^_^,

Sayang Ku

Dtglah Kasihmu Dlm Diriku Menghiasi Ruang Hatiku
Akanku Sambutnya Dgn Sujud Penuh Kesyukuran, Terima Kasih (Ya Wadud/Maha Pencinta) kerana Terjalinnya kasih sayang antara ku dan dia,Alhamdulilah Terima kasih Gadis Idaman ku,

Sayang ku

Kuharap Jalinan Kan Berpanjangan Selagi Kasih Yg Terbina Kerana Cinta Kepada-NYA
Kauku Sayangi ,Teman Sejati ,Dikaulah Sesungguhnya Insan Bernama Kekasih ku,sayang ku,

Sayang Ku

Ketika diri mu sedang membaca warkah ini,ketahuilah diri ini sedang merindui diri mu disana...


“Berma'af-ma'afanlah sesama kita sayang ku, agar Allah sentiasa mensyucikan hati kita”
i love u , 143 .

Isnin, 25 Oktober 2010

SURAT CINTA

~:::SURAT CINTA :::~


Yaaa.. siapa pernah baca surat cinta?

Bagaimana rasanya bila dapat surat cinta?

Haa mesti seronokkan baca surat cinta, orang yang kita cinta mengirimkan kita surat cinta wahh asikk..mesti banyak kali kita baca surat cinta yg dihantar kan, kalau boleh mesti disimpan sampai jangan hilang kan kan ^_^

OK

haa sekiranya kita ada kereta Toyota Vios ,jika kita betulkan kereta itu, tapi guna panduan kereta Proton Saga .. jadi kereta kita makin baik @ makin rosak?yaa mestinya makin rosak
Sekarang ana tanya , siapa yang mencintai kita? Yg betul2 tahu tentang kita siapa? terus Allah buat panduan buat kita apa?*AL-QURAN* Ertinya *AL-QURAN* itu apa?surat cinta, untuk siapa? Yaa untuk kita, Tapi pertanyaannya berapa kali kita baca-Nya?
Sebenarnya *AL-QURAN* itu surat cinta untuk kita ,sebab *AL-QURAN* adalah petunjuk kehidupan kita untuk selamat dunia akhirat , agar kita bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.berapa kali kita baca surat cinta dari Allah dengan sepenuh hati kita sungguh2 membacanya dengan maknanya

لا اله الا الله محمد رسول الله (lâ ilâha illallâh, Muḥammadur rasûlullâh)
Sekarang bayangkan oleh mu sudah berapa malam yang berlalu tapi adakah kita sudah membaca surat cinta Allah dengan sepenuh hati kita wahai orang2 yang dicintakan oleh Allah , sudah berapa lama siang berlalu oleh mu tapi pernahkah engkau membaca surat cinta-Nya Allah untuk kita , sudah berapa lama sepanjang hidup kita , cuba kita bayangkan , pernahkah kita tergetar ketika kita mendengar ayat Allah / surat cinta-Nya Allah untuk kita .. bayangkan sudah berapa lama kita lebih suka membaca komik dari surat cinta-Nya Allah , sudah berapa lama kita lebih suka membaca majalah dari surat cinta-Nya Allah , Padahal Allah ciptakan Al-Quran itu untuk kita kerana Allah sayang dan cinta pada kita kierana Allah ingin agar kita selamat di dunia dan di akhirat , wahai hamba Allah ,tetapi mengapa sepanjang hidup kita mengabaikan Al-Quran itu ,mengapa sepanjang hidup kita ,kita lebih suka membaca surat cinta dari kekasih kita tapi kenapa kita tidak suka membaca surat cinta-Nya Allah yang menciptakan diri kita, bayangkan sudah berapa lama kita abaikan surat cinta itu, sepanjang hidupmu, bayangkan sekiranya kita di panggil oleh Allah sementara selama ini kita mengabaikan-Nya ... maka mintalah ampun semuanya pada Allah , cuba bayangkan sudah berapa lama kita mengabaikan Allah , Apa salahnya Allah pada kita .. Apa salahnya Allah pada kita ...... lihatlah betapa sayang – Nya Allah pada kita . mengapa kita mengabaikan-Nya .....................

Padahal Allah sampaikan dalam Al-Quran Ciri orang yg beriman adalah , iaitu mereka yang tergetar apabila dibacakan ayat2 Allah, Nama Allah .. tapi sudah berapa lama kita tidak tergetar ketika mendengar nama Allah ... Minta ampun semua pada Allah ...

Ya Allah Ampuni kami Ya Allah kerana lebih suka membaca surat teman kami dari surat Mu Ya Allah
Ya Allah Ampuni kami Ya Allah Kerana mengabaikan Mu
Ya Allah Ampuni kami Ya Allah ampuni dosa ibubapa kami Ya Allah..
Ya Allah Ampuni kami Ya Allah bukakan hati kami Ya Allah
Kami tidak sedar betapa cintanya Mu pada kami Ya Allah ..ampunkan kami Ya Allah ...

(Terima kasih Kerana Membaca dan menghayatinya)
Berjumpa lagi di kisah-kisah cinta yang akan datang
Mohd ayub


Ahad, 17 Oktober 2010

i-sayang-u

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم


"First, I like u. then i LOVE u. now, im afraid to lose u, Sorry... I dont wanna lose the person that i love..."

☆┌─┐ ─┐☆
 │▒│ /▒/
 │▒│/▒/
 │▒ /▒/─┬─┐
 │▒│▒▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─ i - sayang u
│▒┌──┘▒▒▒
└┐▒▒▒▒▒▒┌┘
 └┐▒▒



Cintaku Pada MU
i - sayang - u :-
1)Motivasi Petang: Lelaki beriman payungan syurga, wanita solehah saham akhirat. Anak berbudi dilambai firdausi, Sahabat mulia peneman ukhrawi...

2)Yg penting ada tggjwb... itulah tggjwb dlm bcinta, cinta yg btggjwb memberikan kepuasan bercinta, hikmah kta lelaki ni kena byk belajar dr kelemahan wanita, wanita jg byk blajar dari keegoan lelaki.

3)Cinta yg hakiki ialah kpd Allah... mcm ckp je I LUV U tp x de bukti dgn pgorbanan...

4)Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta

5)Four great ways of living:
a) Look back, THANK Allah.
b) Look forward, TRUST Allah.
c) Look around,BELIEVE in Allah.
d) Look within & FIND Allah

6)♥ ♥ ♥ "GADIS YANG SOLEHAH MALUNYA MENGATASI PERAWAN, BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN, CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN, RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN, TAPI HATINYA TERSIRAT TAKWA KEIMANAN"♥ ♥ ♥

7)“Hai sekalian manusia, brtakwalh kpd Tuhanmu yg telah mnciptakn kamu dr diri yg satu, dan daripadanya Allah mnciptakn isterinya; dn drpd keduanya Allah mmperkembangbiakkn lelaki dan perempuan yg banyak. Dan brtakwalh kpd A...llah yg dgn (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu mnjaga dan mngawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) "

8)kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan,penderitaan dan hukuman....fikirlah sahabatku...

9)The beauty of a woman is nOt in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides~

10)Jika mahu mdapatkan yg soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, ttp berusahalah menJADI yg solehah. Jika inginkan yg solehah, jgnlah cerewet menCARI yg solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yg solehah, solehahnya dia... belum tentu kekal. Bertemu yg soleh, solehnya boleh berubah..krn si soleh dan si ...solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian drpd proses untuk MENJADI,bukan MENCARI...

11)pagi isteri minum bidadari
malam suami makan venergy
syukuri nikmat dari ILLAHI
jodoh kekal ke saat ini...

12)Cinta sebenarnya adalah cinta yang menyelamatkan kekasih dari dosa. Cinta yang sejati ialah cinta yang dapat menjaga kesucian iman dan membawa kekasihnya hingga ke syurga. ~

13)satu2 sy syg Allah ~~ dua2 syg Rasulullah ~~ tiga2 syg ibu ayah ~~ 1 2 3 syg semuanya ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

14)Saling mencintailah hanya kerana Allah.. Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah.. Kerana hanya Allah lah yang dapat menumbuahkan rasa cinta,kasih sayang dan kebahagiaan..

15)YA ALLAH..Ampunkan segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil lagi hinggalah sebesar ini:):):)
Sayang Mak&Ayah ♥ ♥ ♥

....(¯`v´¯)
..... ·.¸.·´
...¸.·´
.. (
☻/
/▌
/ \ ....


Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...

[Chorus]
Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...

[Chorus]
Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

[Repeat chorus]

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih...



i love u