.::JoM BeRKeNaLaN::.

Isnin, 9 Mei 2011

Jom Ke Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor

Assalamu'alaikum Wr.Wb.

Segala puji hanya milik Allah SWT, selawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan kita semua senantiasa diberi rahmat dan hidayah-Nya dalam menjalankan aktiviti sehari-hari, Amiiin.

kali ni ayub nak cite tentang Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor heheee.. jom kite menjelajah kealam ini ^_^

Kursus Pra Perkahwinan merupakan kursus yang perlu diambil oleh bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Ia bertujuan untuk mendedahkan bakal pasangan suami isteri dengan alam kekeluargaan. Memberi panduan kepada bakal pengantin bagaimana berhadapan dengan halangan dan kekangan dalam alam perkahwinan dan membina rumah tangga yang bahagia dan diredhai Allah.

.........................................................................

"HIKMAH PERKAHWINAN"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah akan disediakan bagi mereka keampunan dan pahal

a yang besar"


..........................................................

hari pertama

8.00-8.45 Pendaftaran

8.45-9.00 Taklimat kursus

9.00-9.30 Ujian Penilaian Pengetahuan

9.30-10.30 Munakahat

10.30-11.00 Rehat & Minum pagi

11.00-12.00 Prosedur Permohonan Untuk Berkahwin

12.00-1.00 Komunikasi & Pengurusan Sumber

1.00-2.00 Rehat & Makan Tengahari

2.00-3.30 Konflik, Stress & Kaunseling

3.30-4.30 Ibadah

......................................................

hari ke dua

8.00-9.30 Pengurusan Kesihatan

9.30-10.30 Aqidah

10.30-11.00 Rehat & Minum Pagi

11.00-12.00 Prosedur Mahkamah

12.00-1.00 Pembubaran Perkahwinan

1.00-2.00 Rehat & Makan Tengahari

2.00-3.00 Ibadah

3.00-4.00 Modul 4 Sakinah

4.00-5.00 Analisa Keberkesanan Kursus

.....................................

  • Sila bawa bersama :

~ gambar berukuran pasport (bertudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki

~ sehelai salinan IC

PAKAIAN :

  • Peserta kursus hendaklah berpakaian yang menutup aurat. Lelaki berbaju melayu dan bersongkok. Wanita berbaju kurung dan bertudung.

KEHADIRAN :

  • Peserta kursus hendaklah menghadiri setiap sesi yang dijalankan di sepanjang kursus. Peserta yang gagal menghadiri mana-mana tajuk atau lewat lebih daripada 15 minit selepas sesi bermula dikehendaki mengulangtajuk berkenaan pada masa yang akan datang dengan memaklumkan kepada pihak pengajur dan tindakan penangguhan sijil akan dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan