.::JoM BeRKeNaLaN::.

Isnin, 26 Disember 2011

Bestnye Kursus Pra Perkahwinan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Segala Puji bagi Allah, Selawat dan salam kepada Rasul Junjungan, keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Heheheee.. jangan marah ^_^ Alhamdulillah saya dan tunang telah melalui detik2 bersejarah kami dengan mengikti kursus pra perkahwinan baru2 ini.. Alhamdulillah 3x banyak ilmu yg kami dapat dan banyak juga ilmu yg perlu kami amalkan bermula sekarang ... saya harap saya sendiri dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai suami,ayah dan ketua keluarga yang baik serta mencontohi Rasul Junjungan Mulia kita..Amin.. 

kepada mereka yang belum dan ingin pergi kursus pra perkahwinan sila print borang dibawah..hahahaaaa.. nnti dapat POTONGAN RM5 kalau pergi dua orang dah dapat potongan RM10 haaaaa boleh belanja ape2 ^_^ Good Luck kekawan semua 





Khamis, 8 Disember 2011

Berumah Tangga

Berumah Tangga
 "kamu telah mengambil seorang wanita sebagai isteri kamu dengan Nama Allah maka layanlah dengan akhlak yang baik dan terpuji"

 Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:










"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

CONTOH buat Ummat Nabi Muhammad

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah RuqayyahZainabUmmu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

Wallahua'lam (^_^')

Khamis, 1 Disember 2011

Nak Kawin Mak


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

 10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

❤ Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..

~> Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA. ❤ InsyaALLAH (,^^(^^,)~

Si Jejaka dan Lorong!!!

sebuah kisah yang agak ringkas yang pernah saya baca, dimana ianya mengandungi lima babak tetapi analogi yang terkandung dalam kisah itu sungguh berkesan.



Babak 1:
Saya sedang berjalan di sebuah lorong dan terdapat sebuah lubang yang dalam ditengah-tengah lorong tersebut. Saya terjatuh ke dalamnya. Saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari dalam lubang itu. Tetapi apa yang terjadi bukanlah salah saya.
Babak 2:
Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh kedalam lubang yang sama. Dan seperti sebelumnya, saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari lubang itu. Apa yang terjadi adalah salah saya.
Babak 3:
Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi. Dan sekali lagi saya terjatuh ke dalam lubang yang sama. Ianya menjadi seperti satu kebiasaan. Apa yang terjadi sudah tentu disebabkan oleh kesalahan saya sendiri. Saya keluar dari lubang itu dengan segera.
Babk 4:
Saya berjalan di lorong yang sama sekali lagi dan terlihat lubang yang dalam di tengah-tengah lorong itu. Say berjalan di tepi lubang itu.
Babak 5:
Saya berjalan di lorong yang lain.

Menarik, kan? Akhirnya penulis cerita ini memilih untuk berjalan di lorong yang lain. Kisah ini di tulis dengan begitu indah kerana ianya sangat ringkas dan tepat. Dan saya kagum dengan kisah yang ringkas tetapi mendalam ini. Di sebalik kesederhanaanya, kisah ini membawa maksud yang mendalam tentang perubahan yang perlu kita lakukan….”

sempena MAAL HIJRAH 1433 pada kali ini marilah kita sama2 melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan membuat perubahan/berhijrah dari baik kepada lebih baik in'Allah..

Alhamdulillah seperti yang kita sedia maklum Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Seorang tokoh yang amat dihormati. Tahniah ustaz!



Beliau menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya dalam menegakkan syiar Islam dihargai kerajaan negeri.

Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.