(Indahnya Ciptaan Allah :')) https://www.facebook.com/pages/i-sayang-ublogspotcom/138746532882504
Tadi, disebabkan saya tengah teramat-amatlah bosan, saya pun round2 lah phone (Ahai, teruknya tatabahasa -,-') Maksud saya, saya geledah lah telefon bimbit saya yang rasanya dah boleh campak lombong tu. Geledah punya geledah, terjumpa lah artikel pendek ni. Tak ingat pula daripada siapa. Apa-apa je lah.. Selamat membaca :)
Alhamdulillah semakin ramai wanita ada niat nak berniqab(berpurdah) which is good tp kita kena kaji dulu hukumnya supaya kita decide kita nak pegang qaul yg mana. ni saya bagi sedikit penjelasan hrp membantu :)
Jumhur Ulama: Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.
Mazhab Hanafi: Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.
Mazhab Maliki: Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.
Mazhab Shafie :Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.
Mazhab Hanbali: Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.
Tapi ada juga sebilangan ulamak2 dari mazhab syafie dan hanbali yg brpendapat muka dan tgn aurat yg wajib ditutup. Bagi Ibn Abbas r.a pula muka dan tangan bukan aurat tp wajib ditutup kerana wajah wanita merupakan pintu fitnah yg sgt bsr,ini brdsrkn tafsiran beliau melalui surah al-ahzab ayat 59 " "Allah perintahkan wanita beriman bila kluar rumah sebb satu keperluan hendaklah mereka menutup seluruh badan dan mnampkan mata untuk lihat jalan."
Terpulang pada kita nk pegang pada qaul yg mana. kalau kita pegang sbg wajib,maka wajiblah kita tutup. kalau kita pegang sbg sunat,maka sunatlah kita tutup :) Tapi pada pandangan sy memandangkan student ipta/ipts serta yg kerja kat sektor awam dlm kerajaan tk dibenarkan berniqab,eloklah kita ambil hukum ini sbg sunat. bila buat dpt pahala. bila tak buat tak dpt apa2 :)
Indahnya Ciptaan Allah :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan