Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud; Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w sabdanya: “sekiranya tidaklah menjadi suatu bebanan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak mengambil wuduk” (Riwayat Ahmad, Malik dan al-Nasa’I)
Pengertian bersugi.
Bersugi adalah perbuatan membersihkan mulut dan gigi.
Alat-alat bersugi.
Berus gigi dan ubatnya yang suci.
Mayang kelapa.
Sabut.
Kayu.
Apa saja yang kesat yang boleh membersihkan gigi.
Hukum Bersugi.
Hukum bersugi adalah sunat sepanjang masa.
Waktu-waktu dituntut bersugi.
Ketika hendak membaca Al-quran.
Hendak mengerjakan solat.
Ketika perubahan bau mulut.
Bangun dari tidur.
Hendak tidur.
Gigi menjadi kuning.
Ketika hendak berwuduk.
Ketika hendak berzikir.
Ketika hendak memasuki kaabah.
Hendak masuk rumah selepas berjalan.
Ketika lapar dan dahaga.
Ketika hendak mati.
Hendak musafir atau balik dari musafir.
Makruh bersugi.
Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.
Kelebihan Bersugi.
Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.
Menyucikan mulut dan gigi.
Mendapat keredaan Allah.
Mencergaskan otak.
Mencerahkan mata.
Melambatkan tumbuh uban.
Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
Melipatgandakan pahala.
Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan