ASSALAMUALAIKUM Ustaz 365..
saya ingin bertanya, bolehkah saya melayan 
permintaan seorang lelaki yg kurang dari sudut agamanya , dia juga seorang yang 
meminum arak serta merokok, dia berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri 
beliau? apakah yang saya patut lakukan? dan tujuan dia ingin mengambil saya 
sebagai isteri adalah agar saya dapat mengubah beliau menjadi seorang muslim 
yang beriman.. sila bantu saya Ustaz 365..Terima Kasih
Waalaikumussalam ~ وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan tahniah atas soalan..
Alhamdulillah , atas permintaan lelaki itu , maka sambutlah dgn baik, 
tetapi bukanlah sekarang. lelaki itu perlulah di didik terlebih dahulu oleh 
orang yang pandai dalam bidang itu, dan sebaiknye biarlah lelaki yang mendidik 
lelaki kerana itu lebih baik dan molek, bukan perempuan tidak boleh dan tidak 
pandai mendidik lelaki ,tetapi biasanya lain pulak jadinye.
memang ada perempuan @ isteri yang berjaya memdidik suaminye, tetapi 
bilangannya amatlah sedikit, oleh itu biarkanlah lelaki itu belajar dan 
mendalami agama dan setelah ia benar2 kembali pada agama Allah barulah saudari 
menerima beliau, ustaz 365 takot jika saudari menerimanya sekarang ditakuti 
beliau pula yg akan merubah saudari jadi seperti beliau, kerana biasanya wanita @ isteri ini akan hanya mengikut perintah 
si suami dan tidak berdaya melawan...
Alhamdulillah.. Pada pandangan ustaz 365, Saudari haruslah bersikap 
memilih, kerana lelaki itu yg akan saudari bawanya ke atas katil saudari dan 
akan menjadi ketua didalam rumahtangga saudari, maka pilihlah yang sedia molek 
dan beriman pada Allah dan pandai dalam bidang agama sekurang2nya..
Persoalan ustaz 365 adalah kenapa bila tiba untuk memilih baju, kasut 
sampai berjam2 dan sampai terpaksa pergi kekedai yang lain untuk memilih pilihan 
yang sesuai untuk kita..malah ada juga yg sampai beberapa kali kekedai yang sama 
untuk memastikan barang itulah yang akan dibeli... oleh itu pilihlah lelaki yang 
terbaik mungkin yg beriman pada Allah dan pandai dalam beragama untuk dijadikan 
suami..kerana suamilah yang akan mendidik keluarga untuk menuju jalan yang baik 
@ sebaliknyaa..
Alhamdulillah semoga ulasan dan jawapan ustaz 365 dapat memberi 
manfaat pada saudari yang bertanya dan rakan2 sahabat yang menbaca.. Terima 
KAsih ^_^ 
^_^ sekiranya salah tolong betulkan saya ^_^








Tiada ulasan:
Catat Ulasan