.::JoM BeRKeNaLaN::.

Rabu, 2 Oktober 2013

MALAM GALA 2013


KLICK -->>  
www.facebook.com/ayubwellness

bersama kawan-kawan di MALAM GALA 2013 di SACC SHAH ALAM





ENTATIF ATURCARA MAJLIS GALA KONVENSYEN 2013 @ SACC 28.09.2013 

28 September 2013 ( Sabtu ) Shah Alam Convention Centre ( SACC )

7.00 malam Pendaftaran Tetamu Majlis Makan Malam Gala


* Lokasi : Hall Shah Alam 2 ( Ground Floor )
* Pastikan anda bawa tiket Gala Dinner untuk masuk ke dalam dewan
* Pakaian : Mengikut tema makan malam ( Glam Batik )

7.30 mlm Pintu Masuk Dewan Dibuka & Tetamu Mengambil Tempat Duduk
* Sila pastikan kedudukan meja anda mengikut lakaran kedudukan meja yang 
ditampal di foyer dewan.

8.00 mlm Malam Seni Warisan Bermula
Perarakan Masuk Pemimpin Tertinggi WorldWellness
Persembahan Pembukaan Majlis
Ucaptama Pembukaan Majlis
Cabutan Bertuah
Pertandingan Suara Merdu Gala 2013
Ratu & Raja Malam Seni Warisan
Penganugerahan Pangkat Tertinggi WorldWellness
Persembahan Artis Jemputan : Black
Cabutan Bertuah Mega

11.00 mlm Acara Pentas Tamat & Bersurai.



Mencari Penapis air HALAL dan Bermineral?

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK
[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300
[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/

===================================
3 KAEDAH BAYARAN UTK MILIKI RX WATER
===================================
Untuk bayaran bagi pembelian RxWater, ada 3 cara.
➊ Belian secara tunai
➋ Belian menggunakan Kad Kredit
➌ Belian ansuran menggunakan AEON Credit.

HUBUNGI AYUB : 017-7764369

PROMOSI 5 ★★★★★ 
hanya di www.servicerx-water.blogspot.com


Khamis, 29 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013

Assalamualaikum dan selamat hari raya, maaf zahir batin dari kami sekeluarga














 SYARIKAT AYUB WELLNESS NETWORK
AWN

MENCARI PENAPIS AIR?
kini hanya rm109/36 bulan

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK

[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300

[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/
Mencari Penapis air HALAL dan Bermineral?

Selasa, 27 Ogos 2013

RUMAH TANGGA BAHAGIA



Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

✔ Klik button "LIKE" & Klik "SHARE"

Kita perlu 34 kali sujud sehari untuk memastikan otak kita rasional. Sebab tu wanita kurang rasional dari lelaki sebab wanita ada waktu 'cuti'. Sebab tu kalau nak tau lelaki tu jenis skip-skip 'sujud', memang susah sikit nak memimpin rumah tangga. -Permata Pink-

*Fakta tentang 34 kali sujud ini dalam buku "Kenapa Rasulullah Tak Pernah Sakit"

✔ Klik button "LIKE" & Klik "SHARE"
https://www.facebook.com/AyubWellness

kita hidup untuk di uji.. bukan kerana dibenci.. tapi kerana ALLAH sayangkan kita maka dugaan yang kita hadapi berat untuk kita harungi.. sebenarnya ALLAH ingin melihat ketaqwaan kita padaNYA, kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi batas hambanya itu.

# Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku~
# Aku belajar memaafkan semua yang menyakitiku aku~
# Aku berlajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayang~

tetapi satu yang tidak mampu untuk aku pelajari adalah
"Aku harus bisa tersenyum disaat orang yang aku sayangi bermesra dengan orang lain"

https://www.facebook.com/AyubWellness


Ada orang ada kerja dapat nikah...
Ada orang xda kerja pun dapat nikah...
Ada orang ada duit dapat nikah...
Ada orang xda duit pun dapat nikah...

Sebab yang beri nikah bukan kerja, bukan duit, tapi yang beri nikah ialah Allah SWT...Tugas kita ialah selalu berdoa tanpa pernah rasa jemu...
Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia...(ana R)

Wahai wanita solehah, ketahuilah bahawa :

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!




JOM JADI USAHAWAN BERJAYA

JIKA mahu dinyatakan dalam satu ayat,
usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya.
Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan.
Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.
 Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya?
Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.
 Berikut adalah antara sifat penting yang perlu diketahui:

1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan me¬ngaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupay¬a¬an mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti pen¬ting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka  strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan  menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
SELAMAT HARI RAYA


MENCARI PENAPIS AIR?
kini hanya rm109/36 bulan

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK
[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300
[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/
Mencari Penapis air HALAL dan Bermineral?

INGAT AIR, INGAT RX-WATER
"Penapis air buluh RX-WATER membantu pelbagai masalah kesihatan" kini hanya rm109*
0177764369 ayub

Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/(017-7764369 Ayub )
MURAH.BERKESAN.UNIK.SUCI
Kini anda boleh mendapatkan produk RxWater & BodyCurve secara ansuran bulanan.

Proses mudah Tanpa Penjamin, Tanpa Cagaran, Kelulusan Pantas & Dokumen Siap Sedia di WWN. Tiada lagi alasan! Share share dengan rakan-rakan & prospek anda peluang ini. 0177764369

MENCARI PENAPIS AIR?
kini hanya rm109*

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK
[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300
[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/


Selamat datang ke AYUB WELLNESS NETWORK (AWN)

LIKE : https://www.facebook.com/AyubWellness

LIKE : https://www.facebook.com/pages/Well-for-life/158171244328384

LIKE : https://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555

LIKE : https://www.facebook.com/FitNinGymClubSenggarang

LAYARI : http://servicerx-water.blogspot.com/

LAYARI : http://alltopup4u.blogspot.com/

Adakah anda ingin menjana pendapatan sampingan dengan menyertai perniagaan jaringan bersama kami (AWN). Di sini anda boleh menentukan sendiri perniagaan apa yang anda minat untuk menjana pendapatan anda secara berterusan.

Hubungi kami (AWN) Ayub 017-7764369 sms/call diterima juga boleh pm ayub di https://www.facebook.com/mohd.ayub.7

Terima kasih
AYUB WELLNESS NETWORK (AWN)
Keep moving forward




Isnin, 22 Julai 2013

Abby & suami nya Farhan



Abby & suami nya Farhan

Alhamdulillah, mudah2hn abby dan suami bahagia dunia akherat.. tahniah

.....................

LIKE PAGE saya https://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555

FIT NIN GYM CLUB SENGGARANG
JALAN MESJID KAMPUNG PARIT MAHANG
BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAKZIM
https://www.facebook.com/FitNinGymClubSenggarang

hanya RM2.00 sehari

Ahad, 19 Mei 2013

Allah Suruh Tutup Aurat Sebab Dia Sayang ♥

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
AURAT. Apa itu aurat? Rasanya semua dah sedia maklum kan aurat itu apa? Tak perlu lah saya terangkan lagi kan? Tak mengapalah, biar saya terangkan lagi sekali. Mungkin ada yang masih belum tahu. Mungkin.

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat bagi wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Tutuplah Aurat Dengan Betul :)


Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya”
[An Nur:31].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

Hari ini saya cuma nak mencoret tentang aurat wanita atau si gadis saja. Sebabnya, saya perasan ada wanita-wanita dan gadis-gadis di luar sana berfikiran yang mereka dah tutup aurat dengan sempurna (pakai tudung siap ada bunga sebesar penumbuk dipinkan kat tepi, cute lah korang *wink wink*), akan tetapi pada hakikatnya aurat mereka masih belum tertutup dengan sempurna. Kalau soal aurat lelaki tu, saya rasa perkara tu sememangnya teramat-amatlah mudah. Tapi saya masih tak faham dengan lelaki yang pakai seluar pendek atas lutut. Alahai..

Lelaki oh lelaki..


Puan Seri-Puan Seri, Datin-Datin, (bajet je, macamlah puan seri & datin semua tu ada masa nak baca entry ni, heheh) wanita-wanita, kakak-kakak, adik-adik, ukhti-ukhti dan gadis-gadis yang saya sayangi kerana Allah,

Allah suruh kita tutup aurat tu sebab dia sayang kita tau. Antara sebab Allah suruh kita tutup aurat adalah BAGI MEMELIHARA KEHORMATAN KITA DAN BAGI MENGELAKKAN BAHAYA FITNAH.

Sungguh jelas dan tingginya martabat wanita muslim dalam Islam. Selaras dengan jawapan di atas, berikut adalah dalil yang memperelokkan hujah tersebut.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Sahabatku, segala yang Allah perintahkan, itu pasti yang TERBAIK buat kita. Banyak hikmahnya. Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa (Memuliakan Wanita). Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.

Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat (Mengelak Fitnah). “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.

Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita,

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim (Ketinggian Islam). “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit (Hikmah dan Kelebihannya). Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif.

Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Wanita-wanita dan gadis-gadis yang saya sayangi kerana Allah SWT, Bila kita baca hikmah-hikmah menutup aurat yang saya sertakan tadi, kita boleh nampak kan macam mana Allah SWT tu sangat sayang pada kita kan? Kalau kita hayati betul-betul, kita mesti dapat rasakan kasih-sayang Allah itu :') Dah tahu kan kenapa Allah suruh kita menutup aurat? Jom lah berhijrah!

Jom Tutup Aurat!


Ada yang berfikiran pakai tudung itu sudah cukup menutup aurat. Ya, pakai tudung memang salah satu cara menutup aurat kalau cukup syarat-syaratnya. Konsep menutup aurat tu pun sebenarnya meluas, bukan cuma setakat tudung tapi kena lihat juga baju kita, seluar kita, kain kita, cukup syarat tak?

PAKAIAN DALAM ISLAM

Menutup aurat tak semestinya kena pakai jubah atau baju kurung sahaja. Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang wanita dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat wanita yang pemalu dan bersopan santun.

Daripada pemerhatian saya sepanjang hidup saya setakat ini, (cehh, padahal umur baru setahun jagung) saya boleh nampak makin ramai yang terbuka hati untuk berhijab, Alhamdulillah..

Tapi yang menyedihkan saya, ramai juga yang bagi alasan tak masuk akal untuk terus kekal dengan imej tidak berhijab. Sedihnya.. Kita sama-samalah doakan supaya mereka terbuka hati ya? Aamiin..

Saya rasa setakat ini saja perkongsian kita pada hari yang mulia ini, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Moga Allah redha..

Rujukan:

-Artikel iluvislam.com
-http://www.renjuna.com/2011/06/06/kenapa-wanita-muslim-perlu-menutup-aurat/
-laman web jais dan yg sewaktu dengannya.