.::JoM BeRKeNaLaN::.

Khamis, 24 Mac 2011



Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

moga jodoh kita dirahmati Allah SWT...
Amin...
for my love Nor Linna...

Isnin, 7 Mac 2011


Mewangi kuntuman bahagia,
Di halaman kasihnya hati ku,
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah pengubat dan penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Banyakan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang dunia dan akherat.. i love you tunangku

http://i-sayang-u.blogspot.com/



Selasa, 1 Mac 2011


SELAWAT MURAH REZEKI

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ
صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ
وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim

WAHAI ALLAH RAHMATI DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT MELAPANGKAN REZEKI KAMI
DAN MENJADIKAN BAIKNYA AKHLAK KAMI
DAN CURAHKANLAH KESEJAHTERAAN
ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

Ahad, 27 Februari 2011

ZIKIR HARIAN untuk saya dan anda


JUMAAT

يَا الله
~~~~~~~~~~~~~~~~

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله
~~~~~~~~~~~~~~~~~

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم
~~~~~~~~~~~~~~~~~

ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~

SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ
~~~~~~~~~~~~~~~

RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~

KHAMIS

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Khamis, 17 Februari 2011

STRES ke ayub???..


Allah s.w.t. memberitahu bahawa kehidupan ini penuh dengan ujian dan kesusahan. kehidupan yang ideal malah kekal abadi tanpa kesusahan dan kepayahan hanya wujud di syurga. sebagai makhluk kita tidak dapat lari dari rintangan hidup .Yang perlu kita buat ialah menangani dengan Bijak Pantas... ^_^ heheee....


BOLEH ANDA DAN SAYA BAYANGKAN BAGAIMANA SEEKOR IKAN MAMPU BERENANG MENENTANG ARUS 'MENDAKI' AIR TERJUN?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT dengan izin dan kasih sayangNya, ALLAH sudi memberikan peluang pada diri ini untuk menukilkan perkongsian untuk perkongsian bersama..

Istimewa hadiah daripada ALLAH adalah peluang untuk meras
ai nikmat keindahan IMAN dan ISLAM dalam hidup ini
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH SWT pasti memberikan cubaan padamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya dalam Al-Quran dengan firmanNya

Alif Lam Mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(Surah Al-Ankabut: 1-3)

Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu.

Sesungguhnya ALLAH SWT apabila mengasihi sesuatu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai-bagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya. Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan ALLAH SWT

Fuhhh... cadangan ayub bila kita STRES je terus cepat-cepat angkat tangan ,bukan untuk marah atau memukul tetapi mengangkat tangan untuk berdoa agar diampunkan diri ini dan diri orang yang menyebabkan kita STRES itu... ^_^ amacam ? jom melakukan perkara yang bijak pantas..........

www.vitality-supreme.com , www.i-sayang-u.blogspot.com , www.yuyushop.com

Selasa, 15 Februari 2011

***CERIAKAN HIDUP KITA DENGAN "senyuman"***




1. Jangan Takut dan
khawatir
Perasaan takut dan khawatir merupakan pikiran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?

2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam

Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.

3. Fokus Pada Satu Masalah

Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda

Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5. Jangan Hidup di Masa Lalu

Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.

6. Bersyukurlah Selalu

Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.
www.vitality-supreme.com
www.i-sayang-u.blogspot.com

Ahad, 13 Februari 2011

Adakah anda & SAYA seorang suami MITHALI?

wAHAI aYUB & bAKAL sUAMI

Pernahkah anda dan saya pernah terfikir untuk menjadi seorang suami yang berjaya di dunia dan Akherat?Alangkah beruntungnya seorang wanita itu jika ditakdirkan untuk memiliki seorang suami mithali ini.Menjadi idaman setiap wanita untuk mempunyai suami mithali yang melindungi dirinya serta anak-anak.

Apakah yang dikatakan suami mithali ini?

Perwatakan yang menarik sahaja tidak mampu untuk menjadikan seorang lelaki itu sebagai seorang suami yang mithali. Ia perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri sampingan seperti didikan agama yang cukup, penyayang, sabar, bertanggungjawab, dan sebagainya dalam melayari kehidupan berumahtangga. Bagi bakal suami, tip di bawah boleh membantu anda mencapai impian sebagai seorang suami mithali:-

1. Berdoa dan berniatlah untuk menjadi suami mithali.

2. Yakinlah bahawa pasangan anda adalah yang terbaik.

3. Terapkanlah nilai-nilai positif dalam diri

4. Pulang ke rumah dengan penuh semangat dan senyuman.

5. Mengancamkan diri.

6. Hiburkan hati isteri dengan gurauan mesra.

7. Menyimpan rahsia isteri.

8. Sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan pastikan juga isteri serta anak-anak juga patuh dengan suruhan-Nya.

9. Syurga isteri terletak di telapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap kali sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia.

10. Memuji dan menghargai isteri.

11. Bersikap romantis dengan isteri.

12. Sentiasa beri galakan dan dorongan.

13. Seimbangkan kehidupan dengan sempurna dan sebaik-baiknya.

www.vitality-supreme.com