.::JoM BeRKeNaLaN::.

Rabu, 6 November 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

" Mudahnya Menjemput Rezeki "
----------------------------



Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
· Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
----------------------------------------

Siapa mahu tahu formula paling berkesan menambah rezeki? Formula ini bukan ciptaan manusia. Dan sudah tentu bukan ciptaan saya. Formula ini langsung daripada Allah, Formulanya begini:

1 - 1 = 10

Huh! Jangan main-main. Bukankah satu tolak satu jawapannya kosong? Tentunya ada yang menyergah begitu. Sabar dulu ya, mari kita amati janji Allah di bawah:

"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6: 160)"

Sebelum anda mula menggunakan formula ini, perlu dipatuhi dahulu sembilan syaratnya. Apakah syaratnya?

saya sudah tidak sabar! Baiklah, sekarang semak sembilan syarat ini.

Pertama: Yakin.

Kedua: Yakin.

Ketiga: Yakin.

Keempat: Yakin.

Kelima: Yakin.

Keenam: Yakin.

Ketujuh: Yakin.

Kelapan: Yakin.

Kesembilan: Barulah mula berdoa, beribadat dan bertindak!

Baik, berbalik kepada formula satu tolak satu jawabnya 10 (1-1=10). Sebenarnya apa yang mahu ditolak? Nah, dalam maksud menjemput rezeki, tolak itu maksudnya sedekah. Bayangkan sahaja begini:

Andai kata wang itu bernyawa dan mampu bersuara, dia akan berkata kepada kita, "Setiap seringgit yang tuan sedekahkan akan digandakan sepuluh kali. Berapa pun yang tuan sedekahkan pasti dan pasti akan kembali lagi sepuluh kali ganda. Tidak perlu pakai insya-Allah!"

"Bukan setakat mendapat balasan sepuluh kali ganda. Malah tuan akan terhindar daripada bala. Rezeki tuan akan melimpah. Memudahkan jodoh. Dan kesihatan tuan bertambah baik!" sambung wang lagi.

Nah. begitulah hakikatnya. Jika kita (manusia) berjanji mesti menggunakan insya-Allah. Tetapi apabila Allah yang berjanji, Allah pasti akan laksanakan kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Nah! Sekarang saya mahu bertanya, jika itu benar-benar akan jadi nyata, berapakah yang sanggup anda sedekahkan? Ayuh, terus jawab!

...........................................................................
...........................................................................

“ Mudahnya Menjemput Rezeki ”

Tepat jam 10 pagi saya sudah duduk semeja dengannya. Beliau merupakan salah seorang pembaca buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki”. Deretan kedai makan di kawasan Bukit Yong Kelantan, menjadi pilihan . Beliau yang dimaksudkan ialah En. Azlan. Umurnya baru 25 tahun.

Biarpun masih muda, beliau menyimpan beberapa kisah menarik. Khususnya pengalaman beliau ‘menjemput rezeki’ . Pemuda yang sedang duduk di hadapan saya ketika itu rupa-rupanya seorang jutawan muda.

“Bagaimana tuan bertemu dengan buku itu?” saya segera melontar soalan setelah beberapa minit berkenalan.

“Petang semalan saya pergi berbekam di sebuah pusat rawatan bekam . Di sanalah saya terlihat buku tersebut. Perkataan “menjemput” pada judul buku itu sangat menarik perhatian saya. Lalu saya terus membelinya. Apabila sampai di rumah saya terus membacanya sehingga jam 1 pagi. Ternyata ia sebuah buku yang sangat membekas di hati saya. ”

“Kemudian saya berdoa agar dipertemukan dengan penulisnya. Syukur alhamdulillah; tidak sampai 24 jam Allah izinkan kita bertemu.”

“Apa yang tuan tulis di dalam buku itu seperti menceritakan kisah hidup saya. Benar tuan, hari ini saya yakin untuk mengatakan bahawa; menjemput rezeki terbukti lebih mudah dari mencari rezeki. Ya, sesungguhnya ‘menjemput’ lebih mudah berbanding ‘mencari’. Alhamdulillah, sudah hampir dua tahun saya menggunakan cara ini. Saya ingin kongsikan salah- satu kisah saya kepada tuan.” Tambahnya lagi.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya pula yang teruja mahu mendengarnya. Mengapa tidak? Buat kesekian kalinya saya berpeluang lagi mendengar sebuah kisah ‘from zero to hero’.

“Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong.” Beliau memulakan kata.

“Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula.

Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah.

Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya.

Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian.

Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.

“Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”

“Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki”

“Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!”

“Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.

“Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.”

“ Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya. Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”

“Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.”

“Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “

“Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.”

“Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.

“Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.

“Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari. “

“Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan ramadan tahun 2011.

“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “

“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.”

“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata”

“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “

“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “

“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”

“Saya suka membaca dan sudah membaca berpuluh buku yang bagus-bagus. Secara peribadi saya suka untuk mengatakan buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ merupakan buku kedua yang membekas di hati saya selepas ‘La Tahzan’ tulisan Dr. Aid.

“Tuan mesti terus menulis dan menyampaikan kebenaran.” katanya tegas.

Saya tersenyum dan berdoa di dalam hati,

“Ya Allah, limpahkanlah taufik dan hidayah-Mu agar setiap pemilik buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ diberi kekuatan untuk beramal dengan apa yang sudah mereka baca. Amin, amin, amin ya Allah…”

“Sesungguhnya kisah ini sekadar satu titik kecil dari rahmat Allah yang melimpah ruah ke atas semua makhluk-Nya.” Bisik saya lagi. :

Nota: Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, keluaran Oktober 2012.

Kandungan

Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?

· Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
· Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
· Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
· Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
· Bab 5 : Harta & Rezeki
· Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
· Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
· Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
· Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
· Bab 10 : Kunci Rezeki

Bahagian 2 : Menjemput Rezeki

· Bab 11 : Menjemput VS Mencari
· Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
· Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
· Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
· Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
· Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
· Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
· Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
· Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
· Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
· Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
· Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki

· Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
· Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
· Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
· Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
· Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
· Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
· Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
· Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
· Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
· Bab 32 : Sebuah Keajaiban
· Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
· Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat

Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?

· Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
· Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
· Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
· Bab 38 : Inilah Impian Kita
· Bab 39 : Strategi Ghaib
· Bab 40 : Bertaubatlah!!

--------------------------

RM 24.00 Semenanjung (RM18+RM6 Pos)
RM 27.00 Sabah & Serawak (RM18+RM9 Pos)

SMS "BUKU MMR <NAMA> <ALAMAT>" ke 0135792606
 — 




➊ RX-WATER WITH OZON :
➥ Ansuran Mudah AEON RM126x36 bulan
 Tunai RM2880 + RM50(Ahli)


➋ RX-WATER WITHOUT OZON :
➥ Ansuran Mudah AEON RM109x36 bulan
 Tunai RM2080 + RM50(Ahli)


➌ RX-WATER DISPENSER BAMBOO-QUN :
➥ Ansuran Mudah AEON RM134x36 bulan
 Tunai RM3100 + RM50(Ahli)



HADIAH PERCUMA!

➥ Airomax (Penyegar Udara)
➥ Pemasangan Percuma
➥ Rx Brush
➥ Rx Tra x2
➥ Rx-Lite GOLD
➥ Upah Servis RXWATER dgn Rebet 50% = X1
➥ Pembelajaran Percuma Teknik Trapi MiFiRo
➥ Pelajari Teknik Mudah Servis Penapis Air
➥ CD RX-WATER
➥ LIFETIME WARRANTY
➥ O-Ring Rx-water
------------------------
BERNILAI RM1,700.00
------------------------

3 KAEDAH BAYARAN UTK MILIKI RX WATER

Untuk bayaran bagi pembelian RxWater, ada 3 cara.
➊ Belian secara tunai
➋ Belian menggunakan Kad Kredit
➌ Belian ansuran menggunakan AEON Credit.

HUBUNGI AYUB : 017-7764369
1. Hasil inovasi seorang doktor perubatan Islam & bekas pesakit kanser

2. Idea tercetus adalah hidayah Allah daripada musibah penyakit kanser STAGE 4

3. Dihasilkan dengan teras yang berciri-cirikan Air Zam-Zam

4. Satu-satunya water filter yg mewujudkan konsep SAMAK bagi menSUCIkan air

5. Satu-satunya water filter di dunia yg menggunakan Teknologi Bamboo Qun

6. Satu-satunya water filter yg menggabungkan fungsi 2 + 1 - dwifungsi Rxwater & Rxozone

7. Satu-satunya brand tempatan yg mendapat Anugerah MALAYSIA GOOD DESIGN

8. Disertakan dengan amalan peminuman - Terapi MiFiRo. Tiada mana-mana penapis air yg mempunyai panduan peminuman yg sebenar

9. 9 tahun di pasaran dan ramai yang telah mendapat manfaat penyembuhan. Antaranya ialah pesakit kanser, kencing manis, penyakit kulit kronik dan sebagainya.

Sekian dari saya
Mohd Ayub Bin Mohd Salikhin
Pengarah Urusan, Ayub Wellness Network.
0177764369

PS: RM109 baru berapa tu? Sikit je untuk kesihatan kita. Pelaburan untuk kesihatan sangat berbaloi! Miliki Penapis Air Rx-Water sekarang!

PS: Lambat untuk beli, mungkin anda akan terlepas peluang untuk mendapat Hadiah-hadiah yang hebat dengan pakej-pake yang begitu istimewa dari saya. Saya tak cakap kosong! Cepat beli, Cepat anda dapat menyelamatkan diri anda dan keluarga anda yang anda sayang dari pelbagai jenis penyakit kronik, Cepat anda dapat simpan duit dari dihabiskan hanya untuk ke klinik, Cepat anda dapat hasihnya!

..................................................
.................................................

Share ;)
Alhamdulillah. Full schedule.
Tadi berjumpa seseorang. Dapat rezeki yg tidak terjangka drpd Allah dan nasihat yang sgt baik.

Check kenapa rezeki susah hendak masuk. Beliau kongsikan, jika hendak murah rezeki dan dipermudahkan. Inilah amalannya setiap hari;

Pagi
- Solat dhuha 4 rakaat
- Baca 1 ms Al-Quran

Petang 
- Baca surah al-waqiah

Malam sblm tidur
- Solat Taubat
- Solat Istikharah
- Solat Hajat
- Baca 1 ms Al Quran

Rabu, 2 Oktober 2013

MALAM GALA 2013


KLICK -->>  
www.facebook.com/ayubwellness

bersama kawan-kawan di MALAM GALA 2013 di SACC SHAH ALAM





ENTATIF ATURCARA MAJLIS GALA KONVENSYEN 2013 @ SACC 28.09.2013 

28 September 2013 ( Sabtu ) Shah Alam Convention Centre ( SACC )

7.00 malam Pendaftaran Tetamu Majlis Makan Malam Gala


* Lokasi : Hall Shah Alam 2 ( Ground Floor )
* Pastikan anda bawa tiket Gala Dinner untuk masuk ke dalam dewan
* Pakaian : Mengikut tema makan malam ( Glam Batik )

7.30 mlm Pintu Masuk Dewan Dibuka & Tetamu Mengambil Tempat Duduk
* Sila pastikan kedudukan meja anda mengikut lakaran kedudukan meja yang 
ditampal di foyer dewan.

8.00 mlm Malam Seni Warisan Bermula
Perarakan Masuk Pemimpin Tertinggi WorldWellness
Persembahan Pembukaan Majlis
Ucaptama Pembukaan Majlis
Cabutan Bertuah
Pertandingan Suara Merdu Gala 2013
Ratu & Raja Malam Seni Warisan
Penganugerahan Pangkat Tertinggi WorldWellness
Persembahan Artis Jemputan : Black
Cabutan Bertuah Mega

11.00 mlm Acara Pentas Tamat & Bersurai.



Mencari Penapis air HALAL dan Bermineral?

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK
[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300
[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/

===================================
3 KAEDAH BAYARAN UTK MILIKI RX WATER
===================================
Untuk bayaran bagi pembelian RxWater, ada 3 cara.
➊ Belian secara tunai
➋ Belian menggunakan Kad Kredit
➌ Belian ansuran menggunakan AEON Credit.

HUBUNGI AYUB : 017-7764369

PROMOSI 5 ★★★★★ 
hanya di www.servicerx-water.blogspot.com


Khamis, 29 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013

Assalamualaikum dan selamat hari raya, maaf zahir batin dari kami sekeluarga














 SYARIKAT AYUB WELLNESS NETWORK
AWN

MENCARI PENAPIS AIR?
kini hanya rm109/36 bulan

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK

[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300

[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/
Mencari Penapis air HALAL dan Bermineral?

Selasa, 27 Ogos 2013

RUMAH TANGGA BAHAGIA



Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...

✔ Klik button "LIKE" & Klik "SHARE"

Kita perlu 34 kali sujud sehari untuk memastikan otak kita rasional. Sebab tu wanita kurang rasional dari lelaki sebab wanita ada waktu 'cuti'. Sebab tu kalau nak tau lelaki tu jenis skip-skip 'sujud', memang susah sikit nak memimpin rumah tangga. -Permata Pink-

*Fakta tentang 34 kali sujud ini dalam buku "Kenapa Rasulullah Tak Pernah Sakit"

✔ Klik button "LIKE" & Klik "SHARE"
https://www.facebook.com/AyubWellness

kita hidup untuk di uji.. bukan kerana dibenci.. tapi kerana ALLAH sayangkan kita maka dugaan yang kita hadapi berat untuk kita harungi.. sebenarnya ALLAH ingin melihat ketaqwaan kita padaNYA, kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi batas hambanya itu.

# Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku~
# Aku belajar memaafkan semua yang menyakitiku aku~
# Aku berlajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayang~

tetapi satu yang tidak mampu untuk aku pelajari adalah
"Aku harus bisa tersenyum disaat orang yang aku sayangi bermesra dengan orang lain"

https://www.facebook.com/AyubWellness


Ada orang ada kerja dapat nikah...
Ada orang xda kerja pun dapat nikah...
Ada orang ada duit dapat nikah...
Ada orang xda duit pun dapat nikah...

Sebab yang beri nikah bukan kerja, bukan duit, tapi yang beri nikah ialah Allah SWT...Tugas kita ialah selalu berdoa tanpa pernah rasa jemu...
Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia...(ana R)

Wahai wanita solehah, ketahuilah bahawa :

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!




JOM JADI USAHAWAN BERJAYA

JIKA mahu dinyatakan dalam satu ayat,
usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya.
Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan.
Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.
 Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya?
Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.
 Berikut adalah antara sifat penting yang perlu diketahui:

1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan me¬ngaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupay¬a¬an mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti pen¬ting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka  strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan  menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
SELAMAT HARI RAYA


MENCARI PENAPIS AIR?
kini hanya rm109/36 bulan

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK
[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300
[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/
Mencari Penapis air HALAL dan Bermineral?

INGAT AIR, INGAT RX-WATER
"Penapis air buluh RX-WATER membantu pelbagai masalah kesihatan" kini hanya rm109*
0177764369 ayub

Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/(017-7764369 Ayub )
MURAH.BERKESAN.UNIK.SUCI
Kini anda boleh mendapatkan produk RxWater & BodyCurve secara ansuran bulanan.

Proses mudah Tanpa Penjamin, Tanpa Cagaran, Kelulusan Pantas & Dokumen Siap Sedia di WWN. Tiada lagi alasan! Share share dengan rakan-rakan & prospek anda peluang ini. 0177764369

MENCARI PENAPIS AIR?
kini hanya rm109*

[✔]HALAL & BERMINERAL (Air Zam-Zam air bermineral)
[✔]HARGA YG MAMPU MILIK
[✔]NAK BELI DGN DISKAUN RM300
[✔]NAK BAYAR ANSURAN
[✔]LIFETIME WARRANTY & KHIDMAT SERVIS YG CEKAP

===>HUB. 017-7764369 - http://servicerx-water.blogspot.com/


Selamat datang ke AYUB WELLNESS NETWORK (AWN)

LIKE : https://www.facebook.com/AyubWellness

LIKE : https://www.facebook.com/pages/Well-for-life/158171244328384

LIKE : https://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555

LIKE : https://www.facebook.com/FitNinGymClubSenggarang

LAYARI : http://servicerx-water.blogspot.com/

LAYARI : http://alltopup4u.blogspot.com/

Adakah anda ingin menjana pendapatan sampingan dengan menyertai perniagaan jaringan bersama kami (AWN). Di sini anda boleh menentukan sendiri perniagaan apa yang anda minat untuk menjana pendapatan anda secara berterusan.

Hubungi kami (AWN) Ayub 017-7764369 sms/call diterima juga boleh pm ayub di https://www.facebook.com/mohd.ayub.7

Terima kasih
AYUB WELLNESS NETWORK (AWN)
Keep moving forward