.::JoM BeRKeNaLaN::.

Rabu, 8 Mei 2013

Sibukkan diri dengan membetulkan diri sendiri dahulu

As salamu'alaikum shbt tersyg. 


 Ali RA berpesan: Pemimpin yg layak di hormati ialah pemimpin yg sibuk membetulkan dirinya sebelum cuba nak betulkan org lain. Tapi jgnlah sibuk nak kaji org lain. Tengok & kaji diri & berterusan betulkan diri.
 
Ingat pesan Nabi SAW: Kita semua adalah pemimpin & kita akan di pertanggungjawabkan dgn setiap aspek kepemimpinan kita. Jika kita peka akan hakikat ini, byk masalah akan dpt di hindarkan. Mari kita berdoa agar kita semua menjadi pemimpin yg berwibawa & di rahmati Allah SWT. Aamiin, wassalam.


"Know that in this body there is a plume of blood. When a plume of blood is good, it is good also the whole body. And when her blood is bad, then worse again the whole body. A plume of blood that I am referring to is the heart ... "
(Hadith Narrated By Al-Bukhari)
 
Bertenanglah Wahai hati yang rindukan kemenangan, setiap perkara ada tempoh dan masanya......hayati sirah Rasulullah memasuki Dan menawan semula Mekah, betapa sepanjang tempoh persediaan, perjalanan sehingga saat kemenangan... pelbagai ranjau, tomahan, fitnah telah dilalui....Jangan rasa ianya perit @ terlalu perit... kerana memang itulah adat berjuang.... apatah lagi kita berjuang untuk Agama All...ah.... Bila tiba saat kemuncaknya, bila janjiNya kemenangan, mudah sahaja untuk Allah mendatangkan rasa gerun dalam hati musuh-musuhNya sehingga tiada apa yang boleh dibuat oleh mereka selain membiarkan sahaja Islam menakluki Kota Mekah Dan TAKBIR berkumandang....

Saya yakin, walau apapun ketentuan dan keputusan Allah, kemenangan sudah tertulis di sisi Allah kepada orang yang berusaha dan berani menyatakan kebenaran walaupun dihadapan pemimpin yang zalim yang tidak meletakkan sesuatu perkara pada Haknya.

Mohonlah pertolongan dan pandangan dari Allah untuk membuat keputusan. Allah Akan memilih kita dengan cara memberi pandangan yang baik kepada kita terhadap apa yang diredhaiNya... Bangun Rakyat Malaysia, usahakanlah pergi mengundi walau apapun jua halangannya, walau apapun jua halangannya... JOM bentuk Kerajaan ANDA!
 
"Jika hendak sesuatu terjadi, saya perlu melakukannya sendiri." _William Johnson
 
 
 www.facebook.com/ayubwellness  HANYA RM25.00 sahaja
"peluang sering datang menyamar dalam bentuk kemalangan atau kekalahan sementara." _Napoleon Hill
 
Stop allowing something happening outside affect our life. Instead live from inside out, we affect the world not the world affect us. Use all events that happen to make us learn and become better
 
Cerita seorang ustaz yang pernah menumpang tidur di masjid yang berdekatan dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Sebelum subuh beliau dengar ada orang bersihkan tandas.. Kemudian beliau bangun dan pergi jenguk siapa. Alangkah terkejutnya beliau mendapati TGNA sendiri yang sedang mencuci tandas. Dengan perasaan hiba hampir menangis beliau bertanya, "Kenapa Tok Guru yang bersihkan..?"

Lalu TGNA jawab, "Ini antara cara saya buang ego dalam diri.."

MasyaAllah...(T_T)
p/s: kamu x sayang ulama' tak apa tapi jangan sampai hina ulama'
 
 
Hidup ini biarlah BERBAKTI kepada IBU dan AYAH. Walaupun mereka sudah TIADA di DUNIA,biarkan PAHALA anak-anaknya "mengalir" untuk ibu dan ayah mereka ~

Isnin, 22 April 2013

"Semakin BerTambah Ilmu pengetahuan Manusia, Semakin jelas kebenaran Al-Quran"

Sahabat : Ya Rasulullah, Siapa diakalangan manusia yg ramai2 ni yg paling patut kita buat paling BAIK sekali?
Nabi : Mak kamu
Sahabat : lepas mak saya tu sapa?
Nabi : Mak kamu
Sahabat :lepas mak saya tu sapa?
Nabi : Mak kamu
lepas mak saya tu sapa?
Nabi : Ayah kamu.......

Assalamualaikum sape ONLINE tu, admin mintak, jom LIKE page ni:
www.facebook.com/ayubwellness [✔] LIKE! (◕‿◕) terima kasih
 
orang yang senang
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

LIKE
www.facebook.com/ayubwellness
 
siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan,nescaya Allah mengujinya. (Riwayat al Bukhari ) i-sayang-u.blogspot.com
 
The most beautiful view is the one I share with you sayang
 
DO MORE OF WHAT MAKES ALLAH HAPPY.
http://i-sayang-u.blogspot.com/

satu2 sy syg Allah ~~ dua2 syg Rasulullah ~~ tiga2 syg ibu ayah ~~ 1 2 3 syg semuanya ❤ ❤ ❤ ❤ ❤
 
"Semakin BerTambah Ilmu pengetahuan Manusia, Semakin jelas kebenaran Al-Quran"
 
Assalamualaikum dan salam kasih sayang

www.i-sayang-u.blogspot.com
Alhamdulillah, alhamdulillah bersyukur saya kehadirat Ilahi kerana Dengan izin-Nya saya kini Hidup Bahagia bersama orang-orang yang menyayangi saya... Alhamdulillah Terima Kasih Ya Rahman

Assalamualaikum sape ONLINE tu, admin mintak, jom LIKE page ni:
www.facebook.com/ayubwellness [✔] LIKE! (◕‿◕) terima kasih

Isnin, 15 April 2013

inspirasi cinta

Dalam hati setiap insan pasti ada sekumit hati ingin berubah kearah yang lebih baik..
Hidup ini adalah sebuah janji kita kepada Tuhan. Janji kita untuk menjadi yang terbaik dan melakukan semuanya sebagai sebuah ibadah kepada-Nya. Karena itu penuhilah janji tersebut...

Salam Semangat
Ulasan Mentor - AZIZI ALI
"Lakukan ape yg anda gemari"

Seorang pendengar yang baik mencoba memahami sepenuhnya apa yang dikatakan orang lain. Pada akhirnya mungkin saja ia tidak setuju, tetapi sebelum ia tidak setuju, ia ingin tahu dulu dengan tepat apa yang tidak disetujuinya..

.....
https://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup...

Salam Semangat AWN (aYUB wELLNESS nETWORK)

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup...

Salam Semangat AWN (aYUB wELLNESS nETWORK)

'Bertindaklah. Lakukan sesuatu, bersikaplah bijak, jangan membuang-buang waktu. Ambil peran dimanapun kau berada dan jadilah seseorang, lalu bertindaklah.'
(Theodore R)

SEMANGAT!!!

Assalamualaikum dan salam kasih sayang

Alhamdulillah, alhamdulillah bersyukur saya kehadirat Ilahi kerana Dengan izin-Nya saya kini Hidup Bahagia bersama orang-orang yang menyayangi saya... Alhamdulillah Terima Kasih Ya Rahman

http://i-sayang-u.blogspot.com/

Khamis, 7 Mac 2013

Najwa Latif - AdaMU

Najwa Latif - AdaMU

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
 
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
 
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
 
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
 
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
 
Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
 
 
LAYARI :
 

Ahad, 24 Februari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab


1)      Pembahagian makruh
Soalan :
Ustaz, makruh terbahagi kepada dua jenis.Satu makruh sahaja dan satu lagi makruh yang hampir dengan haram.Mohon Ustaz berikan contoh.
Jawapan :
Makruh tanzil ialah asal bagi hukum makruh yang tidak berdosa apabila kita melakukannya seperti kencing berdiri, makan dengan tangan kiri, dan mandi telanjang.Makruh tahrim pula ialah perkara haram, tetapi tidak berdalilkan nas qat’ie seperti mendengar perempuan menyanyi.

2)      Hukum bekerja sebagai pelakon
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita menjadi pelakon di syarikat-syarikat perfileman?
Jawapan :
Sekiranya ada melakonkan watak-watak yang ditegah oleh agama contohnya mendedahkan aurat, bersentuhan dengan bukan mahram dan seumpamanya, rezeki yang kita dapat daripada sumber lakonan itu adalah haram. Setiap yang haram itu berdosa dan orang yang berdosa itu api neraka lebih layak baginya. Nauzubillah.

3)      Hukum panggil Nabi Isa sebagai Jesus
Soalan :
Apa hukum orang Islam panggil Nabi Isa sebagai Jesus?
Jawapan :
Jesus di sisi penganut Kristian bermaksud anak tuhan yang suci. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan nama itu melainkan dengan iktikad Jesus yang kita sebut itu adalah Nabi Isa pesuruh Allah.

4)      Hukum menampar pipi
Soalan :
Ustaz, adakah menampar pipi itu haram?Sekiranya situasi itu berlaku ketika berlakon, adakah tindakan itu dikira haram?
Jawapan :
Tidak haram sekiranya kita menampar pipi kerana mahu menampar nyamuk yang hinggap di pipi.Tampar pipi orang bukan kerana bermanja itu haram, pukul pipi sendiri itu kerja sia-sia.Haram pukul orang pada bahagian muka sekalipun kepada pelaku jenayah.Tampar yang haram adalah tampar yang mencederakan sehinggan bengkak dan berdarah. Sekiranya berlakon, kita perlu menampar dengan perlahan dan ia tidak salah sekiranya sama jantina.

5)      Hukum meniru dalam peperiksaan
Soalan :
Ustaz, boleh beri pandangan untuk pelajar yang sentiasa meniru dalam peperiksaan.Sudah ditegur dan diberi nasihat ketika program usrah, tetapi mereka buat-buat tidak tahu sahaja.Sekiranya difikirkan, dengan keputusan peperiksaan yang menipu itu nanti digunakan bagi mencari pekerjaan.Bagaimanakah pendapatan yang diperoleh, adakah haram?
Jawapan :
Haram menipu dengan cara meniru dalam peperiksaan apatah lagi apabila keputusan peperiksaan itu digunakan sebagai laluan bagi mendapatkan pekerjaan.

6)      Hukum berhias diri pada hari raya
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Jawapan :
Hukumnya sunat berhias diri pada hari raya.









Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/ (017-7764369 Ayub )


Ahad, 17 Februari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan HUKUM HALAL DAN HARAM








1)      Hukum berbual kosong dengan bukan muhrim dalam khalayak ramai.
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita berbual kosongdengan bukan muhrim dalam khalayak ramai di kawasan terbuka contohnya di perpustakaan, kafe dan restoran.
Jawapan :
Sekiranya berbual dalam khalayak ramai, perlu dinilai pada topik yang dibualkan.Sekiranya tiada faedah, sekadar suka-suka, dan tidak berbual tentang seks, hukumnya adalah makruh.

2)      Hukum tidur dengan kucing
Soalan :
Ustaz, apakah hukum tidur dengan kucing?
Jawapan :
Harus kita tidur dengan kucing, kerbau, ataupun ayam sekalipun dengan syarat ia tidak memudaratkan kita.

3)      Hukum guna nama samara (nickname) “Bidadari Syurga”.
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita menggunakan nickname contohnya “Bidadari Syurga”?
Jawapan :
Ia tidak boleh digunakan kerana mendatangkan fitnah. Apa sahaja yang datang dari syurga tiada bandingnya dengan kehiupan dunia. Perkataan syurga hanya boleh digunakan pada ayat-ayat yang bermaksud umum sahaja, bukannya secara peribadi.

4)      Hukum menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada emas ataupun perak
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada emas ataupun perak?
Jawapan :
Maksud hadith nabi, “sesiapa yang minum menggunakan emas dan perak, sesungguhnya dia menuangkan api neraka jahanam ke dalam perutnya”.
[ Direkodkan oleh Bukhari (no:5311) dan Muslim (no: 2065)]




Hukum makan dan minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak memang ada khilaf ulama.Ada yang kata, makruh tanzih, tetapi pendapat yang kuat adalah, makan dan minum menggunakan bekas daripada emas dan perak adalah haram.Itu adalah pendapat jumhur ulama. Kata Imam Nawawi, “cukup bagi menunjukkan dha’ifnya pendapat ini (yang kata makruh) adalah kerana ia bertentangan dengan hadith yang sahih”.
[ Majmuk 1/249 ]

Hukum makan dan minum adalah sama, kerana termaktub juga dalam hadith sahih, iaitu:

“ dan jangan minum dari bekas emas dan perak dan jangan makan dalam pinggannya. Maka sesungguhnya ia untuk mereka di dunia dan untuk kita di akhirat.”
[ Direkodkan oleh Bukhari (no:5110) dan Muslim (no:2067)]

Berdasarkan illah, iaitu sebab ataupun hikmah pengharaman itu adalah, ia lambang kemewahan dan berlebih-lebihan. Sudu dan garfu yang dierbuat daripada emas dan perak juga sama hukumnya dengan bekas makanan yang diperbuat daripada emas dan perak. Dalam Fatwa Syeikh bin Baz, “hukum sudu-sudu disamakan dengan bekas makanan emas dan perak”.
[ Majmuk Fatawa : 19/72 ]

Bagi bekas-bekas yang disadur emas dan perak ataupun campuran emas ataupun perak dengan bahan lain, ulama berselisih pendapat pada hukum keharamannya.

Dalil lain yang menyatakan ia haram adalah lafaz Daruqutni (1/40), “sesiapa yang minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, ataupun bekas yang ada sedikit daripadanya (emas dan perak), maka sesungguhnya ia menuangkan api neraka jahanam ke dalam perutnya.”
[ Fathu Bari 9/555 ]

5)      Dosa yang dibuat oleh anak angkat
Soalan :
Ustaz, sekiranya kita memelihara anak angkat, adakah dosa yang dibuat oleh anak angkat itu ditanggung oleh orang yang menjaganya?
Jawapan :
Wajib kepada bapa angkat mendidik anak angkat dengan hukum-hukum Islam.Sekiranya tidak dididik, lalu anak angkat itu derhaka dan bermaksiat kepada Allah, maka orang yang memeliharanya perlu bertanggungjawab ketika akhirat nanti.






6)      Hukum memakai baju yang ada kalimah Allah ketika masuk ke tandas
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita memakai baju yang ada kalimah Allah dalam tulisan rumi dan pada masa yang sama kita berada di pasar dan hendak ke tandas?
Jawapan :
Setiap sesuatu yang tertulis nama Allah, sifat-sifat-Nya, nama para Nabi, ayat al-Quran dan seumpama dengannya tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas dan tempat-tempat yang tidak layak dengan kesyuciannya.

7)      Hukum beli tanah wakaf kubur
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita membeli tanah wakaf kubur bagi membina rumah?Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Jawapan :
Hukumnya adalah haram, tidak sah urusan jual beli tanah itu.Rumah yang dibina di atas tanah wakaf kubur wajib dirobohkan.

8)      Batasan dengan bapa tiri
Soalan :
Apakah batasan seorang anak perempuan dengan bapa tiri?Adakah batal air sembahyang sekiranya tersentuh?Apakah batasan sekiranya ibu dan bapa tiri bercerai?
Jawapan :
Batasannya sama seperti bapa sendiri walaupun sudah berpisah.

9)      Ungkapan simpang malaikat 44
Soalan :
Apakah hukum ungkapan “simpang malaikat 44”?
Jawapan :
Ulama melarang berkata begitu kerana perkataan itu tiada sandaran daripada Islam.