.::JoM BeRKeNaLaN::.

Ahad, 17 Februari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan HUKUM HALAL DAN HARAM








1)      Hukum berbual kosong dengan bukan muhrim dalam khalayak ramai.
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita berbual kosongdengan bukan muhrim dalam khalayak ramai di kawasan terbuka contohnya di perpustakaan, kafe dan restoran.
Jawapan :
Sekiranya berbual dalam khalayak ramai, perlu dinilai pada topik yang dibualkan.Sekiranya tiada faedah, sekadar suka-suka, dan tidak berbual tentang seks, hukumnya adalah makruh.

2)      Hukum tidur dengan kucing
Soalan :
Ustaz, apakah hukum tidur dengan kucing?
Jawapan :
Harus kita tidur dengan kucing, kerbau, ataupun ayam sekalipun dengan syarat ia tidak memudaratkan kita.

3)      Hukum guna nama samara (nickname) “Bidadari Syurga”.
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita menggunakan nickname contohnya “Bidadari Syurga”?
Jawapan :
Ia tidak boleh digunakan kerana mendatangkan fitnah. Apa sahaja yang datang dari syurga tiada bandingnya dengan kehiupan dunia. Perkataan syurga hanya boleh digunakan pada ayat-ayat yang bermaksud umum sahaja, bukannya secara peribadi.

4)      Hukum menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada emas ataupun perak
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat daripada emas ataupun perak?
Jawapan :
Maksud hadith nabi, “sesiapa yang minum menggunakan emas dan perak, sesungguhnya dia menuangkan api neraka jahanam ke dalam perutnya”.
[ Direkodkan oleh Bukhari (no:5311) dan Muslim (no: 2065)]




Hukum makan dan minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak memang ada khilaf ulama.Ada yang kata, makruh tanzih, tetapi pendapat yang kuat adalah, makan dan minum menggunakan bekas daripada emas dan perak adalah haram.Itu adalah pendapat jumhur ulama. Kata Imam Nawawi, “cukup bagi menunjukkan dha’ifnya pendapat ini (yang kata makruh) adalah kerana ia bertentangan dengan hadith yang sahih”.
[ Majmuk 1/249 ]

Hukum makan dan minum adalah sama, kerana termaktub juga dalam hadith sahih, iaitu:

“ dan jangan minum dari bekas emas dan perak dan jangan makan dalam pinggannya. Maka sesungguhnya ia untuk mereka di dunia dan untuk kita di akhirat.”
[ Direkodkan oleh Bukhari (no:5110) dan Muslim (no:2067)]

Berdasarkan illah, iaitu sebab ataupun hikmah pengharaman itu adalah, ia lambang kemewahan dan berlebih-lebihan. Sudu dan garfu yang dierbuat daripada emas dan perak juga sama hukumnya dengan bekas makanan yang diperbuat daripada emas dan perak. Dalam Fatwa Syeikh bin Baz, “hukum sudu-sudu disamakan dengan bekas makanan emas dan perak”.
[ Majmuk Fatawa : 19/72 ]

Bagi bekas-bekas yang disadur emas dan perak ataupun campuran emas ataupun perak dengan bahan lain, ulama berselisih pendapat pada hukum keharamannya.

Dalil lain yang menyatakan ia haram adalah lafaz Daruqutni (1/40), “sesiapa yang minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, ataupun bekas yang ada sedikit daripadanya (emas dan perak), maka sesungguhnya ia menuangkan api neraka jahanam ke dalam perutnya.”
[ Fathu Bari 9/555 ]

5)      Dosa yang dibuat oleh anak angkat
Soalan :
Ustaz, sekiranya kita memelihara anak angkat, adakah dosa yang dibuat oleh anak angkat itu ditanggung oleh orang yang menjaganya?
Jawapan :
Wajib kepada bapa angkat mendidik anak angkat dengan hukum-hukum Islam.Sekiranya tidak dididik, lalu anak angkat itu derhaka dan bermaksiat kepada Allah, maka orang yang memeliharanya perlu bertanggungjawab ketika akhirat nanti.






6)      Hukum memakai baju yang ada kalimah Allah ketika masuk ke tandas
Soalan :
Ustaz, apakah hukum sekiranya kita memakai baju yang ada kalimah Allah dalam tulisan rumi dan pada masa yang sama kita berada di pasar dan hendak ke tandas?
Jawapan :
Setiap sesuatu yang tertulis nama Allah, sifat-sifat-Nya, nama para Nabi, ayat al-Quran dan seumpama dengannya tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas dan tempat-tempat yang tidak layak dengan kesyuciannya.

7)      Hukum beli tanah wakaf kubur
Soalan :
Ustaz, apakah hukum kita membeli tanah wakaf kubur bagi membina rumah?Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Jawapan :
Hukumnya adalah haram, tidak sah urusan jual beli tanah itu.Rumah yang dibina di atas tanah wakaf kubur wajib dirobohkan.

8)      Batasan dengan bapa tiri
Soalan :
Apakah batasan seorang anak perempuan dengan bapa tiri?Adakah batal air sembahyang sekiranya tersentuh?Apakah batasan sekiranya ibu dan bapa tiri bercerai?
Jawapan :
Batasannya sama seperti bapa sendiri walaupun sudah berpisah.

9)      Ungkapan simpang malaikat 44
Soalan :
Apakah hukum ungkapan “simpang malaikat 44”?
Jawapan :
Ulama melarang berkata begitu kerana perkataan itu tiada sandaran daripada Islam.


Selasa, 15 Januari 2013

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Soalan : Ustaz, bolehkah kita menulis ayat al-Quran dalam tulisan rumi? Banyak ayat al-Quran ditulis dalam tulisan rumi pada status FaceBook dan sebagainya, Apakah hokum tindakan itu?

Jawapan : Sebaiknya ayat al-Quran ditulis menggunakan huruf hijaiyyah.Menulis ayat al-Quran selain daripada huruf hijaiyyah  dipertikaikan oleh para ulama. Selain daripada ayat al-Quran seperti zikir dan doa, hokum menulis dalam tulisan rumi adalah harus.
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555



Soalan : Ustaz, apakah hukum sekiranya kita tidak pandai baca al-Quran?

Jawapan : Dalam al-Quran ada 114 surah. Surah yang wajib kita pandai baca adalah surah al-Fatihah. Sekiranya kita tidak pandai membaca surah al-Fatihah, hukumnya berdosa. Manakala, sekiranya kita pandai membaca surah-surah lain, itu adalah fardu kifayah. Oleh itu, sunat kepada kita belajar supaya dapat membaca surah-surah yang ada dalam al-Quran.


Soalan :saya ada sedikit kecelaruan. Bolehkah orang bukan Islam membaca al-Quran sedangkan orang yang berhadas besar pun tidak boleh membaca al-Quran? Mohon penjelasan daripada Ustaz.

Jawapan : Orang bukan Islam boleh membaca al-Quran melalui paparan di skrin, digantung, diletakkan di atas meja dan sebagainya. Namun, mereka tidak boleh menyentuh teks al-Quran. Hukum ini diringankan bertujuan memperkenalkan Islam kepada mereka.

Soalan : Ustaz, mohon terangkan secara ringkas berkenaan tajassus?

Jawapan : Menurut Seikh Dr. Wahbah  Az-Zuhaili dalam kitab Tafsir Al-Munir, tajassus ialah mencari aib orang lain yang tersembunyi dan rahsia. Ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Tajassus boleh difahami daripada ayat Al-Quran yang bermaksud :
“Wahai, orang-orang yang beriman.Jauhi daripada banyak berperasangka.Sesunggunya sebahagian dari perasangka itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus) ”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)


Soalan : Al-Quran dibukukan pada zaman Saidina Usman. Bolehkah Ustaz member penerangan secara ringkas berkenaan Sejarah al-Quran sebelum ia dibukukan?Bagaimanakah cara al-Quran dibaca pada ketika itu?

Jawapan : Sebelum al-Quran dibukukan pada zaman Saidina Usman, para sahabat membaca dan belajar dengan cara menghafal. Bagi para sahabat yang tidak menghafal al-Quran, mereka membaca al-Quran yang ditulis pada kulit kayu, batu, dan papan.
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555
Soalan : Ustaz, antara mendengar ceramah agama dan mengaji al-Quran, yang manakah lebih baik?

Jawapan : Mendengar ceramah agama adalah wajib kerana ia berada dalam kategori menuntut ilmu. Manakala membaca al-Quran adalah sunat.

Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/ (017-7764369 Ayub )




Rabu, 9 Januari 2013

PAGES i-sayang-u

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang telah berkunjung ke blog ini, kini kawan2 boleh juga berkunjung ke page FB ayub di
 http://www.facebook.com/pages/i-sayang-ublogspotcom/138746532882504

Jumaat, 4 Januari 2013

Munajat Sebuah Perkahwinan

www.kmf365.com

Alhamdulillah 3x syukur pada Tuhan empunya dunia

sesungguhnya Allah SWT menjadikan perkahwinan sebagai 1 kehendak fitrah manuzia dan menjDikan sebagai 1 SUNNATULLAH utk menambahkan bilangan manusia di atas muka bumi ini.
‎"Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai oleh Allah.." ✔ Klik button "LIKE" & Klik "SEND" Jika Anda SETUJU!



Khamis, 29 November 2012

Majlis Pernikahan dan Perkahwinan saya, ikatan menuju syurga


Majlis Pernikahan dan Perkahwinan saya, ikatan menuju syurga pada 12/11/2012 Isnin

Setelah mengikat tali pertunangan secara tertutup 4 Jun 2011 yang lalu, akhirnya, saya Ayub Salikhin, 24, mengumumkan akan bernikah dengan cikgu Norlinna, 22, pada 12 November 2012.
Saya turut mengejutkan Ahli keluarga,sahabat handai, peminat dan rakan taulan serta rakan perniagaan pada hari pengumumannya itu.

“Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, saya mengumumkan bahawa saya dan norlinna akan melangsungkan perkahwinan kami pada  November 2012. Saya berharap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami, dunia akherat”

Saya bernikah di rumah norlinna pada sebelah petang selepas zuhur, manakala resepsi dilakukan pada 21 November 2012 ,dan resepsi di sebelah pihak saya pula diadakan pada 25 November 2012.

"Memandangkan ia hari paling bersejarah dalam hidup saya dan isteri ,saya ingin mengucapkan terima kasih dan maaf sekiranya ada yang terlebih dan terkurang.”Alhamdulillah.

Berdebar menanti

saya mengakui berdebar-debar menanti majlis pernikahan dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik serta di redhoi-Nya.Alhamdulillah hari itu berjalan dengan baiknya.

“Semenjak bertunang lagi, saya memang berdebar-debar menanti hari bersejarah itu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik serta di redhoi-Nya  dan mudah-mudahan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk kami,agar menjadi pasangan soleh dan solehah”

Menyentuh mengenai pengumuman tarikh perkahwinan yang dibuat mengejut tanpa sidang media yang lebih tersusun, saya merasakan pengumuman ini penting kerana saya juga telah mencecah 24 tahun pada ketika itu.

“Buat peminat,ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan serta rakan perniagaan, saya harap mereka tidak terkejut dengan pengumuman yang saya buat pada ketika itu .

"Saya meletakkan ciri-ciri spesifik(menurut ajaran agama islam) yang diperlukan oleh seorang wanita untuk menjadi teman istimewa (isteri) saya. Dan yang penting, saya bersyukur mendampinginya.

"Keserasian itu juga penting. Malah saya sangat gembira bersama seseorang yang cantik,baik, beragama dan sabar dalam melayan setiap kerenah saya. saya rasa dialah yang Allah berikan kepada saya yang menjadi asbab untuk boleh membahagiakan, boleh memahami dan menerima saya seadanya, jadi kenapa saya harus melepaskan peluang itu.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah Tuhan empunya dunia, Raja dari segala raja .Alhamdulillah

Pada mereka yang terlibat didalam majlis saya tempoh hari, saya dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat embalas segala jasa yang telah d berikan. Alhamdulillah, terima kasih.