.::JoM BeRKeNaLaN::.

Selasa, 31 Mei 2011

ketika 1 pintu tertutup


ketika 1 pintu tertutup, pintu yg lain terbuka, namun terkadang kita melihat dan menyesal pintu tertutup sehingga kita????...(TIDAK NAMPAK PINTU YANG TERBUKA ITU)........

mari kita lihat apa kata kawan2 kita di FaceBook:

Zyda Hani
terjun ikut tingkap...
5 hours ago · Unlike · 2 people

Hasan Innamul
carik kunci pintu...
4 hours ago · Unlike · 1 person

Mohd Ayub
kak zyda : hahaaa.. kalau terjun tingkap tu idea bagus tu segala masalah lgsung dah xde..heheee.. hassan ; cari kunci pintu nk wat ape??
2 hours ago · Unlike · 1 person

Hasan Innamul
pasal pintu tertutup.
2 hours ago · Unlike · 1 person

Mohd Ayub
ohhh.. heheee.. lain macam je san
about an hour ago · Like

Syikin Jamal ‎
.... tidak melihat pintu lain yang telah terbuka :-)
about an hour ago · Unlike · 1 person

Hasan Innamul
hahaha still force and try until it open for U but if fate are one step ahead that it's not meant for U, just make sure too accept it with big heart.
59 minutes ago · Unlike · 1 person

Mohd Ayub
one step closer ....
52 minutes ago · Like

Firdauz Rashid
masuk kan kunci ke dalam lubang kunci...

jadi jom kita bersyukur dan teruskan usaha kita walau banyak rintangan dan kegagalan yang menimpa kita,

"a worker who wants to do a day's work for a day's pay"
.....................................................
“JazaakAllaahu Khairan”, yang maknanya adalah “Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal.”
.....................................................








Selasa, 17 Mei 2011

Berjalan kaki ke Masjid



Minda pemikiran dan jiwa yang hebat membentuk diri yang luar biasa..








Rasulullah S.A.W. bersabda :-

"Berilah khabar gembira orang2 yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke MASJID bahwa baginya ada cahaya sempurna pada hari KIAMAT".



-Hadis riwayat abu daud dan At-Tirmidzi-

**************************************************



Berjalan kaki ke Masjid...





Assalamu'alaikum w.b.t.



ayub; ehhhh linn! gelaplah.. ayub takut

linn; aik... takkan nak ke masjid pun takut.

ayub; linn lita baliklah. gelap sangat ni..

linn; ishh ayub ni..Insya Allah tiada apa-apa..

ayub; linn ayub takut sangat ni,ayub balik dululah ye. linn sajalah pergi solat.

linn; ayub tahu tak ,sesiapa yang solat di masjid , akan akan mendapat cahaya yang terang dari Allah di akherat tau!

ayub; ye ke?kalau macam tu ,cepatlah nanti kita terlepas berjemaah pula

linn; Alhamdulillah... macam inilah kawan linn...

**************************************************



" Ape kelebihan orang yang selalu jaga solat n rajin solat berjemaah ek?"

jawab hassan " aku rasa tenang bile ada problems n senang untuk setel problem tu"

" Sebenarnya tu la antara bonus orang yang jaga solat n perkara yang melibatkan hubungan dengan Allah, walau mereka ni xdelah study sampai sehebat dengan kawan2 kite yang tadi tu.



itulah perumpamaan bagi orang yang menjaga solat n hubungannya dengan Allah...

**************************************************




***Dalam aku sedar atau tidak, semua yang terjadi telah pun terjadi.

Tidak perlu menyesal & bersyukurlah dengan banyak***.



Rabu, 11 Mei 2011

JOM BERSUGI ^_^


Assalamualaikum semua ^___^ senyum2 heheeee... haaa bersugi @ memberus gigi ni merupakan jalan pintas untuk mendapat keredaanNya tau ^__^ haaa jom jom kite tengok apa yg ada dgn bersugi ni...

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud; Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w sabdanya: “sekiranya tidaklah menjadi suatu bebanan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak mengambil wuduk” (Riwayat Ahmad, Malik dan al-Nasa’I)

Pengertian bersugi.

Bersugi adalah perbuatan membersihkan mulut dan gigi.

Alat-alat bersugi.

  • Berus gigi dan ubatnya yang suci.

  • Mayang kelapa.

  • Sabut.

  • Kayu.

  • Apa saja yang kesat yang boleh membersihkan gigi.

Hukum Bersugi.

Hukum bersugi adalah sunat sepanjang masa.

Waktu-waktu dituntut bersugi.

  • Ketika hendak membaca Al-quran.

  • Hendak mengerjakan solat.

  • Ketika perubahan bau mulut.

  • Bangun dari tidur.

  • Hendak tidur.

  • Gigi menjadi kuning.

  • Ketika hendak berwuduk.

  • Ketika hendak berzikir.

  • Ketika hendak memasuki kaabah.

  • Hendak masuk rumah selepas berjalan.

  • Ketika lapar dan dahaga.

  • Ketika hendak mati.

  • Hendak musafir atau balik dari musafir.

Makruh bersugi.

Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

Kelebihan Bersugi.

  • Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.

  • Menyucikan mulut dan gigi.

  • Mendapat keredaan Allah.

  • Mencergaskan otak.

  • Mencerahkan mata.

  • Melambatkan tumbuh uban.

  • Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.

  • Melipatgandakan pahala.

  • Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati.

Isnin, 9 Mei 2011

Jom Ke Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor

Assalamu'alaikum Wr.Wb.

Segala puji hanya milik Allah SWT, selawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan kita semua senantiasa diberi rahmat dan hidayah-Nya dalam menjalankan aktiviti sehari-hari, Amiiin.

kali ni ayub nak cite tentang Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor heheee.. jom kite menjelajah kealam ini ^_^

Kursus Pra Perkahwinan merupakan kursus yang perlu diambil oleh bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Ia bertujuan untuk mendedahkan bakal pasangan suami isteri dengan alam kekeluargaan. Memberi panduan kepada bakal pengantin bagaimana berhadapan dengan halangan dan kekangan dalam alam perkahwinan dan membina rumah tangga yang bahagia dan diredhai Allah.

.........................................................................

"HIKMAH PERKAHWINAN"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah akan disediakan bagi mereka keampunan dan pahal

a yang besar"


..........................................................

hari pertama

8.00-8.45 Pendaftaran

8.45-9.00 Taklimat kursus

9.00-9.30 Ujian Penilaian Pengetahuan

9.30-10.30 Munakahat

10.30-11.00 Rehat & Minum pagi

11.00-12.00 Prosedur Permohonan Untuk Berkahwin

12.00-1.00 Komunikasi & Pengurusan Sumber

1.00-2.00 Rehat & Makan Tengahari

2.00-3.30 Konflik, Stress & Kaunseling

3.30-4.30 Ibadah

......................................................

hari ke dua

8.00-9.30 Pengurusan Kesihatan

9.30-10.30 Aqidah

10.30-11.00 Rehat & Minum Pagi

11.00-12.00 Prosedur Mahkamah

12.00-1.00 Pembubaran Perkahwinan

1.00-2.00 Rehat & Makan Tengahari

2.00-3.00 Ibadah

3.00-4.00 Modul 4 Sakinah

4.00-5.00 Analisa Keberkesanan Kursus

.....................................

  • Sila bawa bersama :

~ gambar berukuran pasport (bertudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki

~ sehelai salinan IC

PAKAIAN :

  • Peserta kursus hendaklah berpakaian yang menutup aurat. Lelaki berbaju melayu dan bersongkok. Wanita berbaju kurung dan bertudung.

KEHADIRAN :

  • Peserta kursus hendaklah menghadiri setiap sesi yang dijalankan di sepanjang kursus. Peserta yang gagal menghadiri mana-mana tajuk atau lewat lebih daripada 15 minit selepas sesi bermula dikehendaki mengulangtajuk berkenaan pada masa yang akan datang dengan memaklumkan kepada pihak pengajur dan tindakan penangguhan sijil akan dilakukan.