.::JoM BeRKeNaLaN::.

Ahad, 13 Februari 2011

Adakah anda & SAYA seorang suami MITHALI?

wAHAI aYUB & bAKAL sUAMI

Pernahkah anda dan saya pernah terfikir untuk menjadi seorang suami yang berjaya di dunia dan Akherat?Alangkah beruntungnya seorang wanita itu jika ditakdirkan untuk memiliki seorang suami mithali ini.Menjadi idaman setiap wanita untuk mempunyai suami mithali yang melindungi dirinya serta anak-anak.

Apakah yang dikatakan suami mithali ini?

Perwatakan yang menarik sahaja tidak mampu untuk menjadikan seorang lelaki itu sebagai seorang suami yang mithali. Ia perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri sampingan seperti didikan agama yang cukup, penyayang, sabar, bertanggungjawab, dan sebagainya dalam melayari kehidupan berumahtangga. Bagi bakal suami, tip di bawah boleh membantu anda mencapai impian sebagai seorang suami mithali:-

1. Berdoa dan berniatlah untuk menjadi suami mithali.

2. Yakinlah bahawa pasangan anda adalah yang terbaik.

3. Terapkanlah nilai-nilai positif dalam diri

4. Pulang ke rumah dengan penuh semangat dan senyuman.

5. Mengancamkan diri.

6. Hiburkan hati isteri dengan gurauan mesra.

7. Menyimpan rahsia isteri.

8. Sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan pastikan juga isteri serta anak-anak juga patuh dengan suruhan-Nya.

9. Syurga isteri terletak di telapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap kali sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia.

10. Memuji dan menghargai isteri.

11. Bersikap romantis dengan isteri.

12. Sentiasa beri galakan dan dorongan.

13. Seimbangkan kehidupan dengan sempurna dan sebaik-baiknya.

www.vitality-supreme.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan