1) Pembahagian
makruh
Soalan :
Ustaz, makruh
terbahagi kepada dua jenis.Satu makruh sahaja dan satu lagi makruh yang hampir
dengan haram.Mohon Ustaz berikan contoh.
Jawapan :
Makruh tanzil ialah asal bagi hukum makruh yang
tidak berdosa apabila kita melakukannya seperti kencing berdiri, makan dengan
tangan kiri, dan mandi telanjang.Makruh tahrim
pula ialah perkara haram, tetapi tidak berdalilkan nas qat’ie seperti mendengar perempuan menyanyi.
2) Hukum
bekerja sebagai pelakon
Soalan :
Ustaz, apakah
hukum sekiranya kita menjadi pelakon di syarikat-syarikat perfileman?
Jawapan :
Sekiranya ada
melakonkan watak-watak yang ditegah oleh agama contohnya mendedahkan aurat,
bersentuhan dengan bukan mahram dan seumpamanya, rezeki yang kita dapat
daripada sumber lakonan itu adalah haram. Setiap yang haram itu berdosa dan
orang yang berdosa itu api neraka lebih layak baginya. Nauzubillah.
3) Hukum
panggil Nabi Isa sebagai Jesus
Soalan :
Apa hukum orang
Islam panggil Nabi Isa sebagai Jesus?
Jawapan :
Jesus di sisi
penganut Kristian bermaksud anak tuhan yang suci. Oleh itu, elakkan daripada
menggunakan nama itu melainkan dengan iktikad Jesus yang kita sebut itu adalah
Nabi Isa pesuruh Allah.
4) Hukum
menampar pipi
Soalan :
Ustaz, adakah
menampar pipi itu haram?Sekiranya situasi itu berlaku ketika berlakon, adakah
tindakan itu dikira haram?
Jawapan :
Tidak haram
sekiranya kita menampar pipi kerana mahu menampar nyamuk yang hinggap di
pipi.Tampar pipi orang bukan kerana bermanja itu haram, pukul pipi sendiri itu
kerja sia-sia.Haram pukul orang pada bahagian muka sekalipun kepada pelaku
jenayah.Tampar yang haram adalah tampar yang mencederakan sehinggan bengkak dan
berdarah. Sekiranya berlakon, kita perlu menampar dengan perlahan dan ia tidak
salah sekiranya sama jantina.
5) Hukum
meniru dalam peperiksaan
Soalan :
Ustaz, boleh
beri pandangan untuk pelajar yang sentiasa meniru dalam peperiksaan.Sudah
ditegur dan diberi nasihat ketika program usrah, tetapi mereka buat-buat tidak
tahu sahaja.Sekiranya difikirkan, dengan keputusan peperiksaan yang menipu itu
nanti digunakan bagi mencari pekerjaan.Bagaimanakah pendapatan yang diperoleh,
adakah haram?
Jawapan :
Haram menipu
dengan cara meniru dalam peperiksaan apatah lagi apabila keputusan peperiksaan
itu digunakan sebagai laluan bagi mendapatkan pekerjaan.
6) Hukum
berhias diri pada hari raya
Soalan :
Ustaz, apakah
hukum kita berhias diri pada hari raya?
Jawapan :