Soalan : Ustaz, bolehkah kita menulis ayat al-Quran dalam
tulisan rumi? Banyak ayat al-Quran ditulis dalam tulisan rumi pada status
FaceBook dan sebagainya, Apakah hokum tindakan itu?
Jawapan : Sebaiknya ayat al-Quran ditulis menggunakan huruf
hijaiyyah.Menulis ayat al-Quran selain daripada huruf hijaiyyah dipertikaikan oleh para ulama. Selain
daripada ayat al-Quran seperti zikir dan doa, hokum menulis dalam tulisan rumi
adalah harus.
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555
Soalan : Ustaz, apakah hukum sekiranya kita tidak pandai
baca al-Quran?
Jawapan : Dalam al-Quran ada 114 surah. Surah yang wajib
kita pandai baca adalah surah al-Fatihah. Sekiranya kita tidak pandai membaca
surah al-Fatihah, hukumnya berdosa. Manakala, sekiranya kita pandai membaca
surah-surah lain, itu adalah fardu kifayah. Oleh itu, sunat kepada kita belajar
supaya dapat membaca surah-surah yang ada dalam al-Quran.
Soalan :saya ada sedikit kecelaruan. Bolehkah orang bukan
Islam membaca al-Quran sedangkan orang yang berhadas besar pun tidak boleh
membaca al-Quran? Mohon penjelasan daripada Ustaz.
Jawapan : Orang bukan Islam boleh membaca al-Quran melalui
paparan di skrin, digantung, diletakkan di atas meja dan sebagainya. Namun,
mereka tidak boleh menyentuh teks al-Quran. Hukum ini diringankan bertujuan
memperkenalkan Islam kepada mereka.
Soalan : Ustaz, mohon terangkan secara ringkas berkenaan
tajassus?
Jawapan : Menurut Seikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam kitab Tafsir Al-Munir,
tajassus ialah mencari aib orang lain yang tersembunyi dan rahsia. Ia termasuk
dalam dosa-dosa besar.
Tajassus boleh difahami daripada ayat Al-Quran yang
bermaksud :
“Wahai, orang-orang yang beriman.Jauhi daripada banyak
berperasangka.Sesunggunya sebahagian dari perasangka itu adalah dosa dan jangan
kamu mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus) ”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Soalan : Al-Quran dibukukan pada zaman Saidina Usman.
Bolehkah Ustaz member penerangan secara ringkas berkenaan Sejarah al-Quran
sebelum ia dibukukan?Bagaimanakah cara al-Quran dibaca pada ketika itu?
Jawapan : Sebelum al-Quran dibukukan pada zaman Saidina
Usman, para sahabat membaca dan belajar dengan cara menghafal. Bagi para
sahabat yang tidak menghafal al-Quran, mereka membaca al-Quran yang ditulis
pada kulit kayu, batu, dan papan.
http://www.facebook.com/pages/Service-RX-Water/115118895214555
Soalan : Ustaz, antara mendengar ceramah agama dan mengaji
al-Quran, yang manakah lebih baik?
Jawapan : Mendengar ceramah agama adalah wajib kerana ia
berada dalam kategori menuntut ilmu. Manakala membaca al-Quran adalah sunat.