.::JoM BeRKeNaLaN::.

Ahad, 26 Ogos 2012

kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam (Aura)

kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam (Aura)
Ditulis oleh Ustaz Zahazan



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
 
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan… Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
p/s: sebenarnya selain taichi, reiki juga memahami perkara yang sama…

Ahad, 12 Ogos 2012

Melayan Permintaan Lelaki yang Meminum Arak


ASSALAMUALAIKUM Ustaz 365..


saya ingin bertanya, bolehkah saya melayan permintaan seorang lelaki yg kurang dari sudut agamanya , dia juga seorang yang meminum arak serta merokok, dia berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri beliau? apakah yang saya patut lakukan? dan tujuan dia ingin mengambil saya sebagai isteri adalah agar saya dapat mengubah beliau menjadi seorang muslim yang beriman.. sila bantu saya Ustaz 365..Terima Kasih

Waalaikumussalam ~ وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan tahniah atas soalan..

Alhamdulillah , atas permintaan lelaki itu , maka sambutlah dgn baik, tetapi bukanlah sekarang. lelaki itu perlulah di didik terlebih dahulu oleh orang yang pandai dalam bidang itu, dan sebaiknye biarlah lelaki yang mendidik lelaki kerana itu lebih baik dan molek, bukan perempuan tidak boleh dan tidak pandai mendidik lelaki ,tetapi biasanya lain pulak jadinye.

memang ada perempuan @ isteri yang berjaya memdidik suaminye, tetapi bilangannya amatlah sedikit, oleh itu biarkanlah lelaki itu belajar dan mendalami agama dan setelah ia benar2 kembali pada agama Allah barulah saudari menerima beliau, ustaz 365 takot jika saudari menerimanya sekarang ditakuti beliau pula yg akan merubah saudari jadi seperti beliau, kerana biasanya wanita @ isteri ini akan hanya mengikut perintah si suami dan tidak berdaya melawan...
Alhamdulillah.. Pada pandangan ustaz 365, Saudari haruslah bersikap memilih, kerana lelaki itu yg akan saudari bawanya ke atas katil saudari dan akan menjadi ketua didalam rumahtangga saudari, maka pilihlah yang sedia molek dan beriman pada Allah dan pandai dalam bidang agama sekurang2nya..
Persoalan ustaz 365 adalah kenapa bila tiba untuk memilih baju, kasut sampai berjam2 dan sampai terpaksa pergi kekedai yang lain untuk memilih pilihan yang sesuai untuk kita..malah ada juga yg sampai beberapa kali kekedai yang sama untuk memastikan barang itulah yang akan dibeli... oleh itu pilihlah lelaki yang terbaik mungkin yg beriman pada Allah dan pandai dalam beragama untuk dijadikan suami..kerana suamilah yang akan mendidik keluarga untuk menuju jalan yang baik @ sebaliknyaa..
Alhamdulillah semoga ulasan dan jawapan ustaz 365 dapat memberi manfaat pada saudari yang bertanya dan rakan2 sahabat yang menbaca.. Terima KAsih ^_^


^_^ sekiranya salah tolong betulkan saya ^_^

Rabu, 8 Ogos 2012

Seronoknye Nak Kahwin


"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, Maka dia telah memenuhi separuh Agamanya maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang madisempurnakan lagi. "

Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat,tenteram, dan teratur berbanding hidup berseorangan ,membujang @ menyendiri. Kita berkahwin bukan sahaja sekadar melorongkan hawa nafsu di atas jalan agama malah pasti dan pastinya akan mendamaikan kerungsingan yang melanda didalam diri lelaki dan wanita itu sendiri..

RAHSIA PERKAHWINAN

1.Sunnah

2.Ibadah

3.Zuriat keturunan

4.Memelihara Maruah

5.Disiplin Diri

6.Seronok ^_^

 
RUKUN NIKAH

1.LELAKI

2.WANITA

3.WALI

4.2 ORANG SAKSI

5.IJAB DAN KABUL



TANGGUNGJAWAB SUAMI

1.SARA HIDUP

2.NAFKAH BATIN

3.MENYARA ANAK

4.MELINDUNGI KELUARGA DALAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN

5.MELINDUNGI MARUAH KELUARGA DAN HARTA BENDA

6.MEMBIMBING ISTERI DAN ANAK KE MENUJU KEREDAAN ALLAH

7.PENASIHAT

TANGGUNGJAWAB ISTERI

1.MENJAGA KEHORMATAN DIRI

2.PATUH PADA SURUHAN SUAMI

3.SEPENUH KASIH SAYANG PADA SUAMI DAN ANAK

4.MENJAGA KEBERSIHAN

5.MENJAGA AMANAH DAN HARTA SUAMI

6.MENYIMPAN RAHSIA

7.TIDAK MENINGGALKAN RUMAH TANPA KEBENARAN SUAMI

8.BERHIAS DIRI HANYA UNTUK SUAMI




DOA-DOA DIDALAM MENJALANKAN IBADAH BERKELUARGA



















Rabu, 1 Ogos 2012

KEISTIMEWAAN WANITA

KEISTIMEWAAN WANITA
 
Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. Seorang wanita solehah adalah lebih daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Barang siapa yang meggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s..

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah bermakna segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
 
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di alam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah f.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

http://www.i-sayang-u.blogspot.com/

Service & Menjual Rx-Water

Selamat Datang ke http://servicerx-water.blogspot.com/ (017-7764369 Ayub )