.::JoM BeRKeNaLaN::.

Jumaat, 26 November 2010

Love is...in bloom (my Dear)

Assalamualaikum *sahabat ku , sayang ku *
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sesungguhnya Segala pujian hanya milik Allah SWT.Kami memuji ,meminta pertolongan dan memohon keampunan kepadanya,kami berlindung kepada Allah SWT dari kejahatan diri dan keburukan amalan kami.Barang siapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT,maka tiada yang dapat menyesatkannya. dan barang siapa yang di sesatkannya,nescaya tidak ada yang mampu memberi petunjuk.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah SWT,Tiada sekutu bagiNya serta Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan RasulNya
Love is...
blowing away the cobwebs.
Love is...
encouraging his attentions

Love is...
finding he has a high “kissability” factor.
Love is...
a happy childhood. Love is...
when you’re in the driver’s seat. Love is...
sitting up all night a sick child.
Love is...
like music to your ears. Love is…
bring out the best in each other.Love is...
fatherhood.
Love is…
hurrying to get home – knowing he’ll be there.
Love is…
two people sharing one heart.
Love is…
a sigh.
Love is…
parenthood.
Love is…
motherhood.
*Datanglah ladangmu (isterimu), dari arah manapun yang engkau inginkan."(Surah Al-Baqarah : 223)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




Assalamualaikum my friends – my name is Ayub and this is my website http://www.vitality-supreme.com/, based in Batu Pahat,Johor(Malaysia)

Thanks for taking the time to look at my website – ^_^

Rabu, 24 November 2010

Jom kawin muda .. Doakan saya ^_^



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Mencipta sekalian alam..serta selawat dan salam keatas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W…


(Pengalaman seorg rakan dari blog lain)

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dah bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.





"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

***abang sayang kat sayang***


miss u dear .. muuuuahhh..muuahhh..

Jumaat, 19 November 2010

i-sayang-u

Kehadapan rakan2 , sahabat handai, para isteri ,bakal isteri , para suami dan bakal2 suami, hehee mari sesama kita nyanyikan lagu i-sayang-u ^_^ sayang kat sayang ^_^

1 2 3 mula semua

Rasa sayang, hey!,
Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat nona jauh,
Rasa sayang sayang hey!


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
abang budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,




Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana sama sayang ku seorang,

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,



Wassalam ... see u ^_^ yg benar mohd ayub

Ahad, 14 November 2010

CATATAN CINTA KU



Assalamualaikum pada adik-adik,anak-anak, kawan-kawan dan Insan(Gadis ku) yg Ku sayangi dan cintai

Sayang Ku

Berdebar Hatiku Membisikkan kata-kata sayang pada mu pada malam itu, insan yang ku sayang,
Ingin ku Katakan Kau Gadis Idaman ku, sayang ku,(i love u),
Ingin aku Jadikan diri mu Inasan Bernama Kekasih ku di dunia hingga ke syurga yang dijanjikan,
Sayang Ku

Keayuan Yg Tergambar di wajah mu bagaikan Lukisan Nur Iman yang menyinari diri mu,
Bagai Puith Salju Mendinginkan diri ku,sebab tu ku pakai baju putih malam tu,
Hangat Perasaan Mengusir Segala Resah Di Jiwa ku selama ini,

Sayang Ku

Ku sampaikan Salam sayang ,Ucapan Mesra buat diri mu yang ku sayangi,
Umpama Rembulan Jatuh Ke Riba bila Mendengar Khabaran Darimu wahai sayang ku,
i love u,




Sayang Ku

Padamu (Ya Wadud/Maha Pencinta) Kumohonkan Keredaan-MU,
Agar Nur Kasih Yg Kudamba bersama Gadis Kekal Hingga Ke Syurga-MU,

Sayang Ku

Hanya (1) Yg Kupinta Kebaikan Dari-NYA Moga Dipeliharakan Tulus Cinta Kita,
Agar Kukuh Ikatan Yg Murni Bahagia Selamanya Dgn Lafaz Pernikahan Yg Mulia suatu hari nanti,sabar ye sayang ku dan sabarkan ku juga ye sayang ku,^_^, tak sabar rasanye ^_^,

Sayang Ku

Dtglah Kasihmu Dlm Diriku Menghiasi Ruang Hatiku
Akanku Sambutnya Dgn Sujud Penuh Kesyukuran, Terima Kasih (Ya Wadud/Maha Pencinta) kerana Terjalinnya kasih sayang antara ku dan dia,Alhamdulilah Terima kasih Gadis Idaman ku,

Sayang ku

Kuharap Jalinan Kan Berpanjangan Selagi Kasih Yg Terbina Kerana Cinta Kepada-NYA
Kauku Sayangi ,Teman Sejati ,Dikaulah Sesungguhnya Insan Bernama Kekasih ku,sayang ku,

Sayang Ku

Ketika diri mu sedang membaca warkah ini,ketahuilah diri ini sedang merindui diri mu disana...


“Berma'af-ma'afanlah sesama kita sayang ku, agar Allah sentiasa mensyucikan hati kita”
i love u , 143 .